BAYARAN DUIT SARA DALAM MYKAD FASA DISEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT PEMBAYARAN

BAYARAN DUIT SARA DALAM MYKAD FASA DISEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT PEMBAYARAN

Secara rasminya, Kerajaan telah menyalurkan duit Bantuan SARA dalam MyKad untuk Fasa Disember dan seramai 5.4 juta rakyat tlah menerimanya. Namun, masih ada yang belum menggunakannya untuk beli barang keperluan asas.

Bagaimanakah semakan bayaran duit SARA dalam MyKad Fasa Disember? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH BAYARAN MYSTR 2026 : SEMAK JADUAL PEMBAYARAN & STATUS KELAYAKAN  PENERIMA FASA 1

KADAR BAYARAN DUIT SARA DALAM MYKAD FASA DISEMBER 2025

Setiap kategori isi rumah, warga emas dan bujang akan terima duit Bantuan SARA dalam MyKad dengan kadar yang berbeza bagi Fasa Disember seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
KADAR BAYARAN
SARA
(PENERIMA MISKIN)
KADAR BAYARAN
SARA
(PENERIMA ASAS)
Isi RumahRM200RM100
Warga EmasRM150RM50
BujangRM50

TARIKH & TEMPOH BAYARAN SARA DALAM MYKAD FASA DISEMBER 2025

Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad untuk Fasa Disember adalah mengikut tarikh dan tempoh yang ditetapkan dalam jadual di bawah :

TARIKH MULA
BAYARAN
TEMPOH SAH GUNATARIKH AKHIR
GUNA
1 Disember 20251 bulan31 Disember 2025
1 Disember 20251 bulan31 Disember 2025

TIPS MENGGUNAKAN DUIT SARA DALAM MYKAD

Berikut dikongsikan tips yang mudah untuk menggunakan duit Bantuan SARA dalam MyKad :

  1. Bawa MyKad penerima bersama anda untuk pergi ke premis berdaftar SARA.
  2. Pilih barang keperluan asas yang mempunyai label SARA (Sumbangan Asas Rahmah).
  3. Pergi ke kaunter yang menerima bayaran SARA MyKasih.
  4. Berikan MyKad kepada juruwang yang bertugas untuk pengesahan penerima.
  5. Juruwang akan menyatakan baki Bantuan SARA yang ada dalam MyKad.
  6. Kemudian, juruwang akan imbas barang yang dipilih mencukupi baki yang ada.
  7. Sekiranya melebihi baki yang ada, penerima perlu membuat bayaran tunai.
  8. Resit dan MyKad akan diberikan apabila bayaran disahkan.

BENDA BOLEH BELI GUNA DUIT SARA DALAM MYKAD

Terdapat banyak benda / barangan yang boleh dibeli dengan menggunakan duit Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad anda, antaranya ialah :

  • Bahan masakan asas :
    • Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
  • Barang makanan kering :
    • Roti, biskut, dan sebagainya.
  • Minuman :
    • Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
  • Produk penjagaan diri :
    • Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
  • Keperluan asas bayi :
    • Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
  • Ubat-ubatan :
    • Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
  • Barang keperluan sekolah :
    • Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
  • Produk kebersihan rumah :
    • Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.

SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA DUIT SARA DALAM MYKAD FASA DISEMBER 2025

Untuk tahu sama ada anda layak atau tidak terima duit Bantuan SARA dalam MyKad Fasa Disember, anda boleh membuat semakan secara online melalui :

  • Melalui Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Melalui Aplikasi Mudah Alih MyKasih.

Ikuti kedua-dua cara semak yang memudahkan anda seperti di bawah :

  • Cara Semakan Status Di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
    3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    6. Status kelayakan Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Cara Semakan Status Di Aplikasi Mudah Alih MyKasih :
    1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
    2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
    3. Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
    4. [PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off].
    5. Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
    6. Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
    7. Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
    8. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
    9. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
    10. Klik pada butang [Verify you are human].
    11. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
    12. Status kelayakan Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
    13. Selesai.

INFO LANJUT SARA

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment