BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH MYKASIH

BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH MYKASIH

Fasa November adalah merupakan bayaran Bantuan SARA yang ke 11 untuk penerima Miskin dan bayaran yang ke 8 untuk penerima asas. Kedua-dua penerima akan menerima bayaran pada tarikh dan masa yang sama dalam IC dan perlu digunakan sebelum tarikh luput.

Bagaimanakah semak bayaran duit Bantuan Sara dalam IC Fasa November? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH AKHIR GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025 : ANDA BOLEH SEMAK SEGERA TARIKH TAMAT MYKASIH

BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025

Inisiatif bayaran Bantuan SARA kini memasuki Fasa November untuk tahun 2025 yang mana bayarannya hampir ke penghujung program. Seramai 5.4 juta penerima sedia ada telah menerima bayaran dalam IC dan menggunakan IC untuk beli barang-barang keperluan.

Walaupun Bantuan SARA kini memasuki bayaran yang ke 11, namun masih ada lagi penerima yang masih belum menggunakan Bantuan SARA dalam IC untuk beli barang keperluan dan masih mempunyai baki penuh.

NILAI DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025

Duit Bantuan SARA yang dikreditkan dalam IC penerima untuk Fasa November adalah bermula RM50, RM100, RM150 dan sehingga RM200 (bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima) seperti berikut :

  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMASNILAI BANTUAN SARA
(FASA NOVEMBER)
Warga Emas Miskin
& Miskin Tegar
RM150
Warga Emas Asas
Bukan Miskin
RM50
  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHNILAI BANTUAN SARA
(FASA NOVEMBER)
Isi Rumah Miskin
& Miskin Tegar
RM200
Isi Rumah Asas
Bukan Miskin
RM100
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGNILAI BANTUAN SARA
(FASA NOVEMBER)
Bujang Miskin
& Miskin Tegar
RM50
Bujang Asas
Bukan Miskin

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025

Fasa November adalah fasa yang kedua terakhir bagi bayaran Bantuan SARA untuk tahun 2025. Kerajaan telahpun mengkreditan bayaran untuk Fasa November kepada 5.4 juta penerima yang layak pada tarikh berikut :

TARIKH BANTUAN SARA
DIMASUKKAN
TARIKH AKHIR GUNA
BANTUAN SARA
1 November 2025, Sabtu31 Disember 2025, Rabu

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN SARA DALAM IC 2025

Status bayaran Bantuan SARA sama ada telah dikreditkan atau belum dalam IC penerima, boleh disemak secara online melalui aplikasi mudah alih MyKasih. Ikuti panduan lengkap cara semak status bayaran seperti berikut :

  1. Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
  2. Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon pintar anda.
  3. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  4. Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  5. Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  6. Anda akan dipaparkan ‘Selamat Datang Ke Aplikasi MyKasih’.
  7. Tandakan pada ‘Telah Dibaca dan Saya Setuju’ di bawah.
  8. Kemudian, klik butang [TERUSKAN].
  9. Klik pada butang [Semak Kelayakan & Baki] untuk mengetahui status.
  10. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  11. Masukkan nombor IC pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 800230113567.
  12. Tandakan pada butang [Verifikasi] dan klik [Semakan Status].
  13. Status dan Bayaran Bantuan SARA dalam IC akan dipaparkan.
  14. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT SARA

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk di bawah :

Leave a Comment