BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA DISEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA PEMBAYARAN
Duit Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dikreditkan dalam IC (Kad Pengenalan) 5.4 juta penerima yang layak kini memasuki fasa yang terakhir pada tahun ini iaitu ‘Fasa Disember’ dan penerima perlu segera menggunakannya sebelum tamat tempoh.
Bagaimanakah semak bayaran duit Bantuan SARA dalam IC Fasa Disember? Ikuti semakan lanjut di bawah.
TARIKH BAYARAN MASUK BANTUAN SARA DALAM IC FASA DISEMBER 2025
Bayaran Bantuan SARA untuk Fasa Disember dimasukkan ke dalam IC setiap penerima mengikut tarikh seperti berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN DALAM IC (FASA DISEMBER) |
|---|---|
| Penerima Status Miskin & Miskin Tegar | 1 Disember 2025 (Isnin) |
| Penerima Status Asas Bukan Miskin | 1 Disember 2025 (Isnin) |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA DALAM IC FASA DISEMBER 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan SARA dalam IC setiap kategori untuk Fasa Disember :
- Bayaran Dalam IC Penerima Status Miskin & Miskin Tegar :
- Isi Rumah : RM200.
- Warga Emas : RM150.
- Bujang : RM50.
- Bayaran Dalam IC Penerima Status Asas Bukan Miskin :
- Isi Rumah : RM100.
- Warga Emas : RM50.
- Bujang : Tiada.
SEMAK BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA DISEMBER 2025
Bagaimanapun, status bayaran Bantuan SARA sama ada telah dimasukkan atau belum dalam IC untuk Fasa Disember boleh disemak seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor IC pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran duit Bantuan SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC
Penerima yang menerima bayaran Bantuan SARA dalam IC boleh menggunakannya mengikut cara berikut :
- Sila bawa bersama IC penerima Bantuan SARA.
- Pergi ke pasar raya / kedai runcit yang berdaftar dengan SARA.
- Ambil barang keperluan asas yang mempunyai label SARA pada rak tanda harga.
- Berikan IC kepada juruwang yang bertugas untuk pengesahan.
- Juruwang akan sahkan baki yang ada dalam IC.
- Barang-barang yang diambil akan diimbas oleh juruwang.
- Duit Bantuan SARA yang ada dalam IC akan ditolak untuk sahkan bayaran.
- Jika melebihi baki yang ada, penerima perlu membuat bayaran tunai.
- Resit dan IC akan diberikan.
TEMPOH SAH GUNA BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Namun, penerima perlu ingat bahawa Bantuan SARA yang dikreditkan dalam IC mempunyai tempoh sah guna seperti berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH SAH GUNA | TARIKH AKHIR BOLEH GUNA |
|---|---|---|
| Penerima Status Miskin & Miskin Tegar | 12 bulan | 31 Disember 2025 (Rabu) |
| Penerima Status Asas Bukan Miskin | 9 bulan | 31 Disember 2025 (Rabu) |
INFO LANJUT SARA
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Pertanyaan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]