BAUCAR KITA SELANGOR 2026 – BANTUAN RM100 SETIAP BULAN

BAUCAR KITA SELANGOR 2026 – BANTUAN RM100 SETIAP BULAN

Seramai 50,000 rakyat Selangor yang terdiri daripada golongan B40 dan M40 bakal menerima inisiatif bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM100 setiap bulan bermula Jun 2026.

Bagaimanakah permohonan dan semak kelayakan penerima baucar kita selangor 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: RAYUAN STR FASA 3 2026 – PERMOHONAN

PENGENALAN

Baucar Kita Selangor ialah inisiatif baharu yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan juga merupakan sebahagian daripada Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ini untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) dalam menghadapi cabaran krisis tenaga dan inflasi.

Sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk program ini dan akan memberi manfaat kepada seramai 50,000 ribu rakyat Selangor yang layak dengan pemberian baucar setiap bulan selama tempoh enam (6) bulan untuk pembelian barang keperluan asas seperti makanan asas.

Nama ProgramBaucar Kita Selangor
Tempoh BantuanBantuan akan diberikan dalam tempoh 6 bulan bermula Jun sehingga November 2026
Kelayakan PenerimaRakyat Selangor yang berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40)

SYARAT KELAYAKAN

Kelayakan penerima bantuan terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Kelahiran Negeri Selangor;
  • Penduduk tetap atau bermukim di Negeri Selangor;
  • Golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40).

JUMLAH BAUCAR KITA SELANGOR

Kadar bantuan adalah seperti berikut :

KADAR BANTUANTEMPOH BANTUAN
RM100 Setiap Bulan6 Bulan
(Bermula Jun sehingga November)

PERMOHONAN BAUCAR KITA SELANGOR

Setakat ini masih tiada lagi maklumat rasmi mengenai permohonan Bantuan ini. Sebarang maklumat mengenai permohonan akan dikemaskini dari semasa ke sama sebaik sahaja diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Anda dikehendaki untuk mendapatkan info berkaitan permohonan bantuan ini dari semasa ke semasa, melalui Portal Rasmi Baucar Kita Selangor.

JADUAL PELAKSANAAN BAUCAR KITA SELANGOR

Program Baucar kita akan dilaksanakan setiap bulan bermula pada bulan Jun sehingga November 2026 :

JADUAL AGIHANJUMLAH BANTUAN
JunRM100
JulaiRM100
OgosRM100
SeptemberRM100
OktoberRM100
NovemberRM100
Total KeseluruhanRM600

Tarikh rasmi bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ada pengumuman rasmi daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Baucar Kita Selangor anda boleh rujuk info rasmi di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://web.facebook.com/MediaSelangor/posts/kerajaan-negeri-akan-memperkenalkan-baucar-kita-selangor-bernilai-rm100-sebulan-/1414073347421371/?_rdc=1&_rdr#

Leave a Comment