BARANGAN MYKASIH 2025 : SENARAI BARANG & CARA GUNA

BARANGAN MYKASIH 2025 : SENARAI BARANG & CARA GUNA

Dengan sukacitanya, Kerajaan MADANI memaklumkan bahawa pelaksanaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah MyKasih telah diperluaskan kepada 5.4 juta penerima merangkumi golongan miskin, miskin tegar dan asas bukan miskin bermula pada 1 April 2025, Selasa yang lalu.

Bagaimanakah semak senarai barangan MyKasih dan cara guna? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH LAYAK ATAU TIDAK

TARIKH PELAKSANAAN MYKASIH 2025

Pelaksanaan MyKasih yang terbaru dikreditkan ke dalam MyKad 5.4 juta penerima adalah bermula pada :

BILANGAN PENERIMATARIKH PELAKSANAAN
5.4 Juta
(Penerima Sedia Ada dan Baharu)
1 April 2025 (Selasa)

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

Jumlah Bantuan MyKasih yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima pada 1 April 2025 adalah sebanyak berikut :

KATEGORI KELAYAKAN
PENERIMA
JUMLAH BANTUAN MYKASIH
Isi Rumah STR & e-KasihRM200
Warga Emas STR & e-KasihRM150
Bujang STR & e-KasihRM50
Isi Rumah STR sahajaRM100
Warga Emas STR SahajaRM50

SENARAI BARANGAN MYKASIH 2025

Kerajaan telah menyenaraikan barangan keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan MyKasih seperti berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

CARA GUNA / TEBUS BARANGAN MYKASIH 2025

Berikut merupakan cara menggunakan Bantuan MyKasih dalam MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas :

  1. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
  2. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  3. Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

SENARAI PREMIS / KEDAI TERLIBAT MYKASIH 2025

Pada tahun 2025, MyKasih mempunyai lebih daripada 1,200 premis / kedai yang terlibat dalam pelaksanaan di seluruh Malaysia termasuk :

  • Mydin;
  • Giant;
  • Econsave;
  • The Store;
  • Pacific;
  • Milimewa;
  • 99 Speedmart;
  • Lotus Stores (Tesco); dan
  • Pasar mini bebas.

*Rujuk senarai kedai terdekat di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BARANGAN MYKASIH 2025

Untuk mengetahui status anda sebagai penerima barangan MyKasih, sila semak status anda mengikut panduan di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment