SENARAI BARANG MYKASIH BOLEH DIBELI : SEMAK SEKARANG

SENARAI BARANG MYKASIH BOLEH DIBELI : SEMAK SEKARANG

Pelbagai kategori barang mykasih yang boleh dibeli oleh 22 Juta penerima yang layak menggunakan MyKad termasuk barangan asas bagi menyokong keperluan harian.

Apakah senarai barang mykasih boleh dibeli? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK BAKI KAD PENGENALAN : CARA CHECK DUIT MYKASIH DI DALAM IC/MYKAD

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:

SARA MISKIN DAN MISKIN TEGAR EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Warganegara MalaysiaWarganegara Malaysia
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasihBukan Penerima Miskin Tegar / Miskin dalam rekod data eKasih
Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan BujangKategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan

TARIKH BAYARAN

Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak adalah setiap bulan mengikut jumlah yang telah ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARANTARIKH LUPUT
Lulus STR & Berstatus eKasihBermula Januari sehingga Disember 2025 31 Disember 2025
Lulus STR Bukan eKasihBermula April sehingga Disember 2025 31 Disember 2025

Baki SARA boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya sehingga tarikh akhir penggunaan pada 31 Disember 2025.

CARA SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH BOLEH DIBELI

Senarai barang MyKasih yang boleh dibeli boleh di semak di Aplikasi MyKasih seperti berikut:

  1. Muat turun (Download) aplikasi MyKasih melalui pautan rasmi https://mykasih.com.my/mykasih-app/ atau di :
    • Google Play (Bagi pengguna Android);
    • App Store (Bagi pengguna iOS);
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi MyKasih dan daftar sebagai pengguna.
  3. Kemudian, tekan butang [Check Item]
  4. Seterusnya, anda boleh scan barkod atau lihat dari dalam senarai barangan yang disediakan.
  5. Sekiranya barang tersebut boleh dibeli menggunakan SARA, makluman akan dipaparkan.
  6. Selesai.

SENARAI BARANG MYKASIH BOLEH DIBELI

Berikut merupakan 14 Kategori Barangan yang diluluskan di bawah Program SARA MYKASIH 2025 :

KATEGORI BARANG MYKASIHJENAMA BARANG YANG DILULUSKAN
BerasJasmine, Jati, Saga, Bernas, Faiza, Cap Rambutan, Cap Gajah, Cap Masjid
RotiGardenia, Massimo, Mighty White
TelurCP, NutriPlus, QL Eggs
Minyak MasakAlif, Knife, Saji, Daisy, Seri Murni, Buruh, Vesawit
TepungBlue Key, Cap Sauh, Faiza, MFM, Cap Ros
BiskutMunchy’s, Tiger, Chipsmore, Hwa Tai, Julie’s, KERK, Kraft Foods, Jacob’s, Hup Seng
Mi SegeraIndomie, Maggi, Mamee, Mi Sedaap, Cintan, Econsave
MinumanDutch Lady, MILO, BOH, Nescafé, F&N, Fernleaf, Marigold, Horlicks, Quaker, Vico
Makanan dalam tinTC Boy, Ayam Brand, Adabi, Yeo’s, Kimball, King Cup
Bahan PerasaPuteri, Kimball, Maggi, Tamin, Adabi, Faiza, Planta, Life, Jalen, Cukup Rasa, Babas, Mak Siti, CSR
Produk Kebersihan DiriColgate, Kotex, Dettol
Ubat-ubatan RinganProspan, Hurix’s, Strepsils, Sterimar, Panadol, Difflam
Barangan PersekolahanStabilo, Faber-Castell, Staedtler, Bata, Campap, Canggih
Barangan Kebersihan Rumah (TERKINI)Sabun/serbuk pencuci pakaian, sabun pinggan, pencuci lantai
BARANG MYKASIH BOLEH DIBELI

KAEDAH BARANG MYKASIH BOLEH DIBELI

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

Nota penting : Kredit tidak boleh dikeluarkan sebagai tunai dan hanya boleh digunakan untuk beli barangan asas.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYKASIH 2025:

  1. Adakah Semua kedai terima MyKasih?
    • Tidak, hanya kedai berdaftar sahaja (contoh: Mydin, Lotus’s, Giant, Econsave, 99 Speedmart).
  2. Apakah yang terjadi jika baki tidak habis digunakan?
    • Baki akan dibawa ke bulan berikutnya sehingga tamat program (31 Disember 2025).
  3. Adakah boleh keluarkan bantuan MyKasih dalam bentuk tunai?
    • Tidak boleh. Ia hanya sah digunakan untuk pembelian barangan asas.
  4. Adakah senarai barang MyKasih sama di semua kedai?
    • Kategori barang asas MyKasih adalah sama, tetapi ketersediaan barangan mungkin berbeza mengikut kedai.
  5. Bagaimanakah cara semak baki bantuan MyKasih?
    • Baki bantuan boleh disemak melalui Portal Rasmi SARA dan Aplikasi MyKasih selepas membuat pembelian, atau boleh disemak melalui resit pembelian.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment