BANTUAN TUNAI STR 2026 : PERMOHONAN, REGISTER, DAFTAR, LOGIN MASUK, SEMAKAN STATUS (PANDUAN LENGKAP)

BANTUAN TUNAI STR 2026 : PERMOHONAN, REGISTER, DAFTAR, LOGIN MASUK, SEMAKAN STATUS (PANDUAN LENGKAP)

Mulai 13 Oktober 2025 (Isnin), semua pemohon dikehendaki untuk mendaftar akaun mySTR yang baharu bagi permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2026, walaupun telah mempunyai akaun mySTR pada tahun-tahun sebelumnya.

Bagaimanakah cara permohonan, daftar, log masuk dan semakan status Bantuan Tunai STR 2026? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN BARANG DAPUR SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

KADAR BANTUAN TUNAI STR 2026

  • Penerima Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 :
BIL. ANAKKADAR BANTUAN
STR
TAMBAHAN
SARA
0RM700RM1,200
1-2RM1,200RM1,200
3-4RM1,700RM1,200
>5RM2,200RM1,200
  • Penerima Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
BIL. ANAKKADAR BANTUAN
STR
TAMBAHAN
SARA
0RM200RM1,200
1-2RM450RM1,200
3-4RM700RM1,200
>5RM950RM1,200
  • Warga Emas yang Tiada Pasangan :
BIL. ANAKKADAR BANTUAN
STR
TAMBAHAN
SARA
0RM600RM600
  • Bujang / Balu / Duda / Janda Umur 21 – 59 tahun :
BIL. ANAKKADAR BANTUAN
STR
TAMBAHAN
SARA
0RM600

CARA DAFTAR AKAUN mySTR 2026

  1. Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
  3. ⁠Tekan butang (LOG MASUK).
  4. ⁠Isi No Kad Pengenalan anda.
  5. ⁠Klik butang (Semak).
  6. ⁠Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
  7. ⁠Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
  8. Isi No Kad Pengenalan anda.
  9. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  10. Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
  11. Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  12. ⁠Klik (Sahkan Akaun Saya).
  13. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  14. ⁠Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
  15. ⁠Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
  16. ⁠Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  17. ⁠Tekan butang (Seterusnya).
  18. ⁠Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  19. ⁠Kemudian, klik (Daftar Akaun).
  20. ⁠Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  21. ⁠Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  22. ⁠Selesai.

CARA LOG MASUK BANTUAN TUNAI STR 2026

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. ⁠Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. ⁠Tekan (Semak).
  5. ⁠Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. ⁠Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. ⁠Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. ⁠Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan: – Status Permohonan Str – Jumlah Telah Dibayar – Jumlah Bayaran Keseluruhan STR – Status Kelayakan SARA
  11. ⁠Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah: – Perubahan Maklumat Permohonan – Cetak Permohonan – Semakan Permohonan – Kemas Kini Maklumat Asas – Tukar Kata Laluan – Maklumbalas – Peti Mel
  12. Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. ⁠Selesai.

PANDUAN PERMOHONAN STR 2026

Ikuti panduan lengkap cara permohonan baharu Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2026 :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. (Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat).
  7. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  8. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  9. Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
  10. Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  11. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  12. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  13. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  14. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  16. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  17. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  18. Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  19. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  20. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  21. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  22. ⁠Selesai.

INFO LANJUT

Info yang dikongsikan dalam artikel ini berkaitan cara permohonan, log masuk dan cara daftar disediakan untuk membantu memudahkan carian orang ramai. Untuk info lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian BKK : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Leave a Comment