BANTUAN TUNAI RAMADHAN 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Seluruh umat Islam diwajibkan untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadhan (iaitu bersamaan 1 bulan). Oleh itu, bagi meringankan bebanan kewangan rakyat dalam bulan Ramadhan, Kerajaan serta pihak-pihak berwajib turut menggagihkan bantuan sepanjang bulan Ramadhan secara tunai dan tanpa tunai kepada yang layak.
Bagaimanakah semak status kelayakan penerima Bantuan Tunai Ramadhan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : DUIT RM200 DALAM MYKAD 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK
PENGENALAN BANTUAN TUNAI RAMADHAN
Pihak Kerajaan Malaysia memperkenalkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah iaitu SARA yang diberikan secara One-Off sebagai bantuan untuk membantu rakyat membuat persiapan bekalan dalam bulan Ramadhan ini.
Manakala, pihak berwajib seperti Majlis Agama setiap negeri pula memperkenalkan Bantuan Zakat Ramadhan khusus kepada rakyat yang benar-benar layak seperti golongan asnaf (isi rumah miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya) secara tunai dan baucar makanan.
KADAR AGIHAN BANTUAN TUNAI RAMADHAN 2026
Setiap Bantuan Tunai Ramadhan akan diagihkan mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan dan pihak berwajib seperti di bawah berikut :
- Kerajaan agihkan Bantuan SARA Ramadhan dengan kadar sebanyak :
| KATEGORI | KADAR AGIHAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 – suami dan RM100 – isteri |
| Warga Emas | RM100 |
| Bujang | RM100 |
- Pihak Majlis Agama Islam pula agihkan Bantuan Zakat Ramadhan dengan kadar sebanyak :
| SENARAI MAJLIS AGAMA | KADAR AGIHAN |
|---|---|
| MAIWP (Wilayah Persekutuan) | RM500 (setiap penerima) |
| LSZ (Selangor) | RM300 hingga RM1,000 (setiap penerima) *bergantung tanggungan |
| MAIM (Melaka) | RM400 (Isi Rumah) dan + RM100 (tanggungan) |
| MAIPP (Pulau Pinang) | RM700 (setiap penerima) dan + RM100 (hamper makanan) |
| MAIDAM (Terengganu) | RM300 hingga RM700 (setiap penerima) |
| MUIP (Pahang) | RM500 (setiap penerima) |
| MAIK (Kelantan) | RM100 hingga RM300 (setiap penerima) *bergantung tanggungan |
| LZNK (Kedah) | RM300 dan ke atas (setiap penerima) *bergantung tanggungan |
| Lain-lain Majlis Agama Negeri | Perlu disemak melalui laman rasmi setiap Majlis Agama Islam di negeri masing-masing |
TARIKH AGIHAN BANTUAN TUNAI RAMADHAN
Agihan Bantuan Tunai Ramadhan dilaksanakan mengikut pada tarikh-tarikh yang dinyatakan seperti di bawah :
| JENIS BANTUAN | TARIKH AGIHAN |
|---|---|
| Bantuan SARA Ramadhan | Dikreditkan pada 9 Februari 2026, Isnin (dalam Kad Pengenalan) |
| Bantuan Zakat Ramadhan | Lain-lain tarikh dan perlu disemak di laman rasmi Majlis Agama Islam di negeri masing-masing |
SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAMADHAN
Tentunya status kelayakan sebagai penerima Bantuan Tunai Ramadhan boleh disemak secara atas talian (online) mengikut panduan lengkap seperti di bawah :
- Cara Semak Status Penerima Bantuan SARA Ramadhan :
- Sila layari laman rasmi SARA di sini :
- Pada halaman utama SARA, klik pada [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- Tandakan pada [Verify you are human].
- Tunggu pengesahan.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Status Penerima Bantuan Zakat Ramadhan :
- Sila layari laman rasmi Majlis Agama Islam Negeri Anda :
- MAINPP : https://zakat.mainpp.gov.my/skim-nur-ramadan/.
- MAIM : https://www.maim.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan/perkhidmatan/agihan-zakat/skim-bantuan-zakat.
- MAIWP : https://www.maiwp.gov.my/portal-main/home.
- MAIDAM : http://espmb.com/maidam_zakat/semakanRamadhanLog.aspx.
- MAIK : https://ssba.e-maik.my/.
- MAINJ : https://ebantuan.maij.gov.my/main.
- LZNK : https://www.zakatkedah.com.my/semakan-bantuan/.
- MAINS : https://mainsonline.mainsnet22.com/bantuan/statusbantuan.asp.
- MAIPk : https://yayasanperak.gov.my/ypcenter/.
- MUIP : https://secure.zakatpahang.my/semakstatus/MulaSemakStatuseTaksir.aspx.
- LZS : https://www.zakatselangor.com.my/semak/.
- MUIS : https://appszakat.sabah.gov.my/zakat/user/index.php.
- MIS : https://mis.sarawak.gov.my/web/home/index/.
- Cari bahagian semakan status ‘Bantuan Zakat Ramadhan’.
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- Klik pada butang [Semak].
- Selesai.
- Sila layari laman rasmi Majlis Agama Islam Negeri Anda :
RUJUKAN LANJUT
Bagi yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan Tunai Ramadhan di atas, sila rujuk pihak berwajib melalui talian yang tertera di bawah :
- Talian Rasmi SARA MOF : 03 7720 1800
- Talian Rasmi Majlis Agama Islam :
- MAIWP : 019 200 4689
- MAIM : 06 283 7416
- MAIPP : 04 226 0305
- MAIK : 09 748 1512
- MAIDAM : 09 622 3500 / 011 266 12500
- MAINJ : 07 224 3918 / 07 228 2941
- LZNK : 019 573 9155
- MAINS : 019 623 5051
- MAIPk : 05 254 9999
- MUIP : 09 422 1311 / 011 3016 3882
- LZS : 1300 88 4343
- MUIS : 088 279 206
- MIS : 08 2507 241
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian. Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/ dan di laman-laman rasmi Majlis Agama Islam setiap negeri.