BANTUAN TUNAI RAKYAT 2026 : SILA SEMAK STATUS KELAYAKAN ANDA, JIKA LAYAK MOHON SEGERA SEMENTARA PERMOHONAN MASIH DIBUKA

BANTUAN TUNAI RAKYAT 2026 : SILA SEMAK STATUS KELAYAKAN ANDA, JIKA LAYAK MOHON SEGERA SEMENTARA PERMOHONAN MASIH DIBUKA

Khas untuk rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) layak untuk terima bayaran Bantuan Tunai Rakyat yang akan dibayar dengan jumlah mengikut kategori dan juga kelayakan penerima.

Bagaimanakah cara semak status kelayakan & cara mohon Bantuan Tunai Rakyat? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN WARGA EMAS JKM RM600 : SEMAK STATUS KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN (PANDUAN LENGKAP)

KADAR BANTUAN TUNAI RAKYAT 2026

  • Isi Rumah B40 :
JUMLAH
TANGGUNGAN
BANTUAN TUNAI
RAKYAT
BANTUAN TUNAI
TAMBAHAN
TiadaRM700RM1,200 / RM2,400
1-2 orangRM1,200RM1,200 / RM2,400
3-4 orangRM1,700RM1,200 / RM2,400
>5 orangRM2,200RM1,200 / RM2,400
  • Isi Rumah M40 :
JUMLAH
TANGGUNGAN
BANTUAN TUNAI
RAKYAT
BANTUAN TUNAI
TAMBAHAN
TiadaRM200RM1,200
1-2 orangRM450RM1,200
3-4 orangRM700RM1,200
>5 orangRM950RM1,200
  • Warga Emas :
JUMLAH
TANGGUNGAN
BANTUAN TUNAI
RAKYAT
BANTUAN TUNAI
TAMBAHAN
TiadaRM600RM600 / RM1,800
  • Bujang :
JUMLAH
TANGGUNGAN
BANTUAN TUNAI
RAKYAT
BANTUAN TUNAI
TAMBAHAN
TiadaRM600 / RM1,200

JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI RAKYAT

Inisiatif Bantuan Tunai Rakyat dibayar tunai melalui akaun bank penerima dan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) secara ansur berperingkat melalui empat (4) fasa seperti jadual di bawah :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa 1Januari / Februari 2026
Fasa 2Mac / April 2026
Fasa 3Ogos 2026
Fasa 4Oktober 2026
*Nota : Tarikh bayaran belum diketahui dan akan dikemaskini apabila ianya diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewanga (MOF).

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Terdapat tiga (3) kategori pemohon Bantuan Tunai Rakyat iaitu ‘Isi Rumah’, ‘Warga Emas’ dan ‘Bujang’ yang mana syarat-syarat kelayakan adalah berbeza seperti berikut :

  • Kelayakan Isi Rumah :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
    • Ibu/bapa tunggal (ada anak);
    • Tiada had umur;
    • Pendapatan bawah RM2,500 (B40) atau pendapatan sehingga RM5,000 (M40).
  • Kelayakan Warga Emas :
    • Warganegara Malaysia;
    • Tiada pasangan / balu / duda / janda;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Kelayakan Bujang :
    • Warganegara Malaysia;
    • Belum berkahwin / balu / duda / janda;
    • Had umur 21 hingga 59 tahun;
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
    • Pendapatan bawah RM2,500 sebulan.

CARA MOHON BANTUAN TUNAI RAKYAT

Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan sama ada isi rumah / warga emas / bujang, anda boleh kemukakan permohonan secara online mengikut panduan lengkap di bawah :

  1. Layari pautan Portal Rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama – sila klik butang [Permohonan Baharu].
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  7. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
    • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  8. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  9. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  10. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  11. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  12. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  13. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  14. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  15. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  16. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  17. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  18. Selesai.

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT

Apabila permohonan telah dihantar, status kelayakan sebagai penerima Bantuan Tunai Rakyat boleh disemak secara online melalui pautan Portal Rasmi yang sama seperti di bawah :

  1. Layari pautan Portal Rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan no Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  5. Kemudian, klik butang [Semak].
  6. Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
  7. Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
  8. Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
  9. Klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dashboard akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan permohonan akan dipaparkan.
  13. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment