BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2026 : CEK LAYAK ATAU TIDAK
Tidak lama lagi, bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa pertama (1) akan dilaksanakan. Namun, hanya penerima yang berstatus ‘Layak’ sahaja akan terima bayaran tunai secara berperingkat dengan jumlah bermula RM50 hingga RM500.
Bagaimanakah cara cek layak atau tidak Bantuan Tunai Rahmah Fasa 1? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN DALAM MYKAD RM200 2026 : CHECK SENARAI NAMA PENERIMA
JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2026
Setiap kategori penerima akan terima Bantuan Tunai Rahmah Fasa 1 dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM150 hingga RM500 (tertakluk bilangan anak) |
| Isi Rumah M40 | RM50 hingga RM250 (tertakluk bilangan anak) |
| Warga Emas | RM150 |
| Bujang | – |
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2026
Bantuan Tunai Rahmah akan dibayar untuk Fasa 1 pada tarikh :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2026 |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada | Januari / Februari 2026 (akan dikemaskini semula apabila tarikh rasmi diumumkan) |
| Penerima Baharu | Januari / Februari 2026 (akan dikemaskini semula apabila tarikh rasmi diumumkan) |
CARA TERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH
Untuk memudahkan rakyat menerima bayaran Bantuan Tunai Rahmah, Kerajaan menyediakan dua cara penerimaan seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | CARA TERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH |
|---|---|
| Penerima mempunyai akaun bank | Perlu menunggu bayaran dimasukkan ke dalam akaun bank sendiri / akaun bank pasangan |
| Penerima tiada akaun bank | Perlu menuntut bayaran di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat |
CEK LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN TUNAI RAHMAH
Untuk tahu status sama ada layak atau tidak terima Bantuan Tunai Rahmah, sila klik pada pautan (link) dan ikuti panduan yang lengkap di bawah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN (LINK) |
|---|---|
| Bantuan Tunai Rahmah | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan (link) yang tertera di atas.
- Anda akan dibawa ke laman utama.
- Pada laman tersebut, klik butang [Log Masuk].
- Klik [Log Masuk Dengan MyDigital ID] atau
- Masukkan ‘Nombor Kad Pengenalan’ anda.
- Terus klik pada butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan memaparkan nama anda.
- Jika ianya betul, klik butang [Ya].
- Masukkan ‘Kata Laluan’ yang sah.
- Kemudian, klik [Log Masuk].
- Dashboard akan dipaparkan.
- Klik butang [Semakan Permohonan].
- Status ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ atau ‘Dalam Proses’ akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Informasi yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah dipetik daripada Portal Rasmi Bantuan Tunai Rahmah. Oleh itu, untuk sebarang pertanyaan atau info yang lebih lanjut, boleh dapatkan di :
- Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747.
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 4566.