BANTUAN SYUKUR SABAH SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 1 2026
Kerajaan Negeri Sabah menyediakan peruntukan khas untuk rakyat Miskin dan Miskin Tegar di Sabah dengan menyalurkan Bantuan SYUKUR Sabah secara berfasa dengan kadar RM2,400 setahun bagi setiap seorang penerima.
Bagaimanakah semakan status bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 1? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : STR LOGIN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA FASA 2 2026
TUJUAN BANTUAN SYUKUR SABAH DIBERIKAN
Antara tujuan utama Bantuan SYUKUR Sabah diteruskan pemberian untuk tahun 2026, adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah; dan
- Sebagai tanda keperihatinan dan kasih sayang Kerajaan Sabah kepada rakyatnya.
KADAR BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 1 2026
Setiap penerima akan menerima Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 1 dengan kadar yang sama iaitu sebanyak :
| PERINGKAT FASA | BULAN | KADAR BAYARAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | Januari + Februari + Mac | RM200 + RM200 + RM200 = RM600 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 1 2026
Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 1 adalah bertarikh pada :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 (Januari – Februari – Mac) | ** Februari 2026 hingga ** Mac 2026 |
CARA BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 1 2026
Penerima yang mempunyai akaun bank dan yang tiada akses akaun bank akan menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah dengan cara yang berbeza seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN |
|---|---|
| Penerima mempunyai akaun bank | Pembayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Penerima tiada akaun bank | Pembayaran secara tunai di kaunter bank atau di mana-mana pusat yang bersesuaian ditetapkan oleh pihak Kerajaan Sabah |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan SYUKUR Sabah yang ditetapkan :
- Individu yang berumur 18 tahun ke atas.
- Warganegara Malaysia.
- Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’ (penduduk asal Sabah).
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun
- Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data sistem eKasih atau PADANS Sabah. (Untuk yang belum ada data atau belum mendaftar, pendaftaran perlu dilakukan di Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.)
- KIR miskin dan miskin tegar dalam pangkalan datan eKasih & PADANS (semakan berkala).
SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Ikuti cara semakan status kelayakan bayaran Bantuan SYUKUR Sabah seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi PADANS di pautan berikut : https://padans.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Portal Rasmi PADANS.
- Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, pihak tuan / puan boleh rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel yang tertera di bawah :
- Talian SYUKUR : 088 338 338
- Talian WhatsApp SYUKUR : 010-582 8207
- E-mel SYUKUR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.