BANTUAN SYUKUR SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN SYUKUR SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Kerajaan Negeri Sabah amat prihatin terhadap nasib rakyat di Sabah terutamanya golongan yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan nasional (PGK). Oleh itu, Kerajaan Negeri Sabah memperuntukan sebanyak RM358.5 juta untuk disalurkan melalui Program Bantuan SYUKUR.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan SYUKUR Sabah? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYSARA CHECK : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN SYUKUR SABAH

SYUKUR atau rasminya Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah merupakan satu inisiatif di bawah Kerajaan Negeri Sabah yang dilaksankan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat di Sabah terutamanya golongan miskin dan miskin tegar.

Program SYUKUR ini diberikan kepada lebih 100,000 ribu rakyat Sabah dengan amaun sebanyak RM300 setiap bulan dan digabungkan terus kepada RM900 setiap 3 bulan sekali selama empat (4) fasa.

OBJEKTIF BANTUAN SYUKUR SABAH DISALURKAN

Antara objektif penyaluran Bantuan SYUKUR adalah untuk :

  • Meringankan bebanan kewangan rakyat Sabah untuk keperluan asas terutamanya makanan;
  • Menyokong golongan yang memerlukan untuk kehidupan lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah;
  • Sebagai tanda prihatin dan kasih Kerajaan kepada rakyat.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH 2025

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SYUKUR :

  • Berumur 18 tahun sebelum 31 Disember 2024;
  • Warganegara Malaysia;
  • Pemegang KAd Pengenalan (Status H);
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah melebihi 1 tahun;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) miskin atau miskin tegar dalam data e-Kasih setakat 31 Disember 2024.

JADUAL AGIHAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025

Bantuan SYUKUR diagihkan melalui empat (4) fasa mengikut jadual seperti berikut :

FASA BAYARANTARIKH AGIHAN
Pertama (1)
Januari hingga Mac
Februari
Kedua (2)
April hingga Jun
April
Ketiga (3)
Julai hingga September
September
Keempat (4)
Oktober hingga Disember
Oktober

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH 2025

Status kelayakan penerima Bantuan SYUKUR boleh disemak melalui empat (4) cara, iaitu :

PANDUAN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SYUKUR 2025

Berikut merupakan panduan semakan status kelayakan penerima Bantuan SYUKUR melalui laman web rasmi :

  1. Layari laman web rasmi SYUKUR; atau klik pautan di atas.
  2. Halaman utama laman web rasmi SYUKUR akan dipaparkan.
  3. Klik butang [Teruskan] pada pemakluman terkini.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad*) anda pada ruangan yang disedikan.
  5. Kemudian, klik butang [Semak] di bawah.
  6. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://syukur.sabah.gov.my.

Leave a Comment