BANTUAN STR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA

BANTUAN STR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA

Jika permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diluluskan, penerima bukan sahaja terima bayaran Bantuan STR, malah akan turut terima bayaran Bantuan Tambahan secara automatik. Ianya bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.

Bagaimanakah cara semakan status kelayakan Bantuan STR Tambahan? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : LINK MYSTR ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH BAHARU

APA ITU BANTUAN STR TAMBAHAN?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan bantuan kewangan yang dibayar secara ansur mengikut fasa melalui bayaran tunai terus ke akaun bank penerima atau di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Namun, Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tambahan pula adalah merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan secara automatik kepada penerima STR melalui Kad Pengenalan penerima yang boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR TAMBAHAN

Inisiatif Bantuan STR Tambahan diberikan khas kepada rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
  • Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.
  • Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000; atau
  • Pendapatan bawah garis kemiskinan semasa yang tersenarai dalam rekod data e-Kasih.

CARA PEMBAYARAN BANTUAN STR TAMBAHAN

Cara Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tambahan adalah tidak sama dengan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang biasa dibayar secara tunai. Namun, ianya dibayar melalui cara berikut :

  • Dibayar secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan (MyKad) penerima pada setiap bulan yang boleh digunakan untuk beli barang-barang keperluan asas di kedai runcit / pasar raya / pasar mini yang terpilih.

KADAR BANTUAN STR TAMBAHAN 2026

Setiap penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan terima Bantuan Tambahan dengan kadar bayaran yang berbeza mengikut kategori dan kadar pendapatan penerima yang ditetapkan seperti berikut :

  • Penerima STR Dengan Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (Daftar e-Kasih) :
    • Isi Rumah akan terima : RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun.
    • Warga Emas akan terima : RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun.
    • Bujang akan terima : RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun.
  • Penerima STR Dengan Pendapatan RM2,500 Hingga RM5,000 (Bukan e-Kasih) :
    • Isi Rumah akan terima : RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun.
    • Warga Emas akan terima : RM50 sebulan hingga RM600 setahun.
    • Bujang akan terima : RM50 sebulan hingga RM600 setahun.

*Selain jumlah di atas, setiap penerima juga akan terima bayaran tambahan sebanyak RM100 secara one-off (termasuk rakyat dewasa yang bukan penerima STR).

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN STR TAMBAHAN

Tarikh bayaran Bantuan Tambahan bukanlah seperti bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibayar mengikut fasa. Namun, ianya dibayar setiap bulan seperti tarikh-tarikh seperti bawah :

  • Januari 2026.
  • Februari 2026.
  • Mac 2026.
  • April 2026.
  • Mei 2026.
  • Jun 2026.
  • Julai 2026.
  • Ogos 2026.
  • September 2026.
  • Oktober 2026.
  • November 2026.
  • Disember 2026.

*Dan bayaran secara one-off adalah pertengahan bulan Februari 2026.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN STR TAMBAHAN

Status kelayakan penerimaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tambahan boleh disemak secara online dengan mudah melalui Laman Web Rasmi STR seperti yang tertera di bawah :

  1. Sila layari pautan Laman Web Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
  2. Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  3. Seterusnya, klik butang [Semak].
  4. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
  5. Jika ianya betul, klik butang [Ya].
  6. Masukkan Kata Laluan dengan betul.
  7. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  8. Log masuk berjaya sekiranya dipaparkan Papan Pemuka / Dashboard.
  9. Terus klik pada butang [Semakan Permohonan].
  10. Status Bantuan STR dan Tambahan (SARA) akan dipaparkan.
  11. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment