BANTUAN STR FASA 3 BILA MASUK 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi beban kepada rakyat dewasa yang berpendapatan rendah dan sederhana. Oleh itu, kerajaan memperuntukan sebilangan wang untuk disalurkan kepada yang layak melalui Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara berfasa untuk sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah semakan Bantuan STR Fasa 3 bila masuk? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI HASIL STATUS : FASA 3 SEMAKAN
SISTEM BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 MASUK 2025
Sistem bayaran masuk Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 masih sama, iaitu :
- Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima :
- Tiada akaun bank yang aktif; atau
- Status ‘Gagal Kredit’.
- Dikreditan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan melalui :
- Nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
BANTUAN STR FASA 3 BILA MASUK 2025
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dimasukkan pada tarikh berikut :
- Dijangka pada bulan Ogos 2025. Namun, tarikh bayaran adalah bergantung kepada perubahan dari semasa ke semasa dan akan dikemaskini sekiranya pihak Kerajaan mengumumkannya secara rasmi nanti.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 MASUK 2025
Setiap kategori penerima akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 berjumlah seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 2025 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan bawah RM2,500) | 0 anak : RM150 1 – 2 anak : RM300 3 – 4 anak : RM500 5 anak ke atas : RM650 |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | 0 anak : RM100 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 anak ke atas : RM300 |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 |
Bujang | RM150 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 2025
Bagi yang belum mengetahui status sebagai penerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3, ikuti cara semakan status seperti berikut :
- Layari laman sesawang rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2025.
- Pemakluman terkini akan dipaparkan pada halaman utama tersebut.
- Sila klik [TUTUP] pada info pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Klik pula pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat status penerima Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.