BANTUAN STR 2026 : FASA 1 SEMAKAN STATUS & JUMLAH BAYARAN
Pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar oleh kerajaan kini mula membuahkan hasil yang signifikan dengan anggaran penjimatan mencecah RM15.5 bilion. Hasil penjimatan fiskal ini dialihkan sepenuhnya untuk manfaat rakyat melalui pengukuhan jaringan keselamatan sosial yang lebih inklusif. Bagi tahun 2026, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM15 bilion khusus untuk disalurkan semula kepada golongan sasar menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Langkah berani ini memastikan bantuan kewangan tidak lagi tiris, sebaliknya sampai terus ke tangan individu yang benar-benar memerlukan. Melalui peruntukan yang dipertingkatkan ini, penerima STR 2026 bukan sahaja menerima bantuan tunai secara berfasa, malah mendapat manfaat daripada program SARA yang kini disalurkan secara bulanan untuk pembelian barangan keperluan asas. Integrasi antara subsidi bersasar dan bantuan tunai langsung ini merupakan strategi serampang dua mata kerajaan dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat bagi kategori B40 dan M40 di seluruh negara.
Menjelang penyaluran bantuan bagi fasa pertama tahun ini, setiap rakyat Malaysia dinasihatkan untuk memahami kriteria kelayakan terbaharu yang ditetapkan. Dengan jumlah peruntukan yang lebih besar, kadar bantuan bagi setiap kategori telah diselaraskan semula bagi memastikan impak yang lebih besar kepada ekonomi isi rumah.
Bagaimanakah bantuan STR 2026? Ketahui lebih lanjut jumlah bayaran Bantuan STR 2026 bagi setiap kategori serta ikuti cara permohonan dan semakan status yang mudah di bawah untuk memastikan anda tidak terlepas daripada menerima manfaat ini.
BACA JUGA : SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026 : FASA 1 (BANTUAN STR)

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2026 FASA 1
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan melalui empat fasa, mengikut tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan seperti yang berikut:
| Fasa | Tarikh Bayaran |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | Belum Diumumkan |
| Fasa 3 | – |
| Fasa 4 | – |
JUMLAH BANTUAN STR 2026
Dengan peruntukan RM15 billion, setiap rakyat yang layak dari pelbagai kategori akan menerima bayaran Bantuan STR bagi tahun 2026 sebanyak berikut :
- Isi Rumah yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah sebulan akan menerima bayaran STR:
- RM700 sehingga RM2,200 setahun (mengikut jumlah anak).
- Isi Rumah yang berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan akan menerima bayaran STR:
- RM200 sehingga RM950 setahun (mengikut jumlah anak).
- Warga Emas tiada pasangan dan pendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan akan menerima bayaran STR:
- RM600 setahun.
- Bujang yang berumur 21 hingga 59 berpendapatan RM2,500 dan ke bawah sebulan akan terima bayaran STR:
- Tiada (hanya terima SARA).
| Kategori Penerima | Jumlah STR 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan Ke Bawah | Tiada anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | Dibayar melalui SARA |
JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN STR 2026
Selain Bantuan STR, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian Bantuan Tambahan (SARA) kepada penerima STR yang mana penerima akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun.
Penerima STR yang tersenarai di bawah e-Kasih (Miskin dan Miskin Tegar) pula akan menerima bayaran Bantuan Tambahan (SARA) sebanyak RM200 sebulan sehingga RM2,400 setahun dan bujang akan terima RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun.
Sebagai penghargaan, Kerajaan akan memberikan inisiatif Bantuan Tambahan (SARA) sebanyak RM100 setiap seorang secara sekaligus (one-off) pada pertengahan bulan Februari 2026.
| Jenis Bayaran | Isi Rumah | Warga Emas Tiada Pasangan | Bujang |
|---|---|---|---|
| Bayaran Setiap Bulan | RM100 (STR) / RM200 (STR & e-Kasih) | RM50 (STR) / RM100 (STR & e-Kasih) | RM50 (STR) / RM100 (STR & e-Kasih) |
| Bayaran Setahun | RM1,200 (STR)/ RM2,400 (STR & e-Kasih) | RM600 (STR)/ RM1,200 (STR & e-Kasih) | RM600 (STR) / RM 1,200 (STR & e-Kasih) |
| Bayaran One-Off | RM100 | RM100 | RM100 |
CARA PERMOHONAN BANTUAN STR 2026
Individu yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 mengikut panduan berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/].
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2026.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan lulus atau tidak permohonan, semakan status boleh dilakukan di portal yang sama.
SEMAKAN STATUS BANTUAN STR 2026 FASA 1
Di Portal Rasmi STR yang sama, ikuti cara semakan status seperti berikut :
- Laman Portal MySTR 2026 akan dipaparkan.
- Pada paparan tersebut, klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruangan tersebut.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Paparan seterusnya menunjukkan [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] seperti yang telah diciptakan.
- Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Terus klik butang [Semakan Permohonan].
- Status permohonan akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR
- Adakah Bantuan STR diteruskan lagi pada tahun 2026?
- Ya, Kerajaan bersetuju akan meneruskan dan menambah peruntukan STR untuk tahun hadapan.
- Adakah Bantuan STR dibayar secara sekaligus?
- Tidak, Bantuan STR dibayar secara berperingkat mengikut fasa.
- Bilakah permohonan STR untuk tahun 2026 akan dibuka?
- Tarikh permohonan STR untuk tahun 2026 telah dibuka sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025.
- Berapakah peruntukan untuk STR dan SARA bagi tahun 2026?
- Peruntukan untuk penyaluran Bantuan STR dan SARA adalah sebanyak RM15 billion.
- Berapakah Bantuan SARA yang layak untuk penerima STR yang berdaftar e-Kasih?
- Bantuan SARA akan dibayar sebanyak RM200 sebulan sehingga RM2,400 setahun.
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah tujuan untuk memudahkan capaian dan carian orang ramai berkaitan Bantuan STR bagi tahun 2026. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
- Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
- e-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
SALAM SEJAHTERA
SOALAN SAYA, BERAPAKAH HAD UMUR MINIMUM UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN STR ?
SAYA ADA DUA ORANG ANAK YANG BERUSIA 22 DAN 21 TAHUN, DAN SEKARANG BEKERJA SECARA SEMENTARA.
TERIMA KASIH
saya nak mintak bantuan sara eKasih.setakat ni cuma dapat str saja