BANTUAN SARA RM200 2026 : PEMOHON YANG LAYAK AKAN MENERIMA BAYARAN BANTUAN MYKASIH DALAM IC – SEMAK STATUS SEKARANG
Terkini! Dalam Perutusan Tahun Baharu 2026, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Januari bakal dilaksanakan dalam masa terdekat, dan akan dikreditkan terus ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima yang layak.
Bagaimanakah semakan status bantuan sara rm200 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: STR 2026 TARIKH BAYARAN FASA 1 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL
TARIKH BANTUAN SARA JANUARI 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Januari 2026 akan dikreditkan bermula tarikh berikut :
| NAMA PROGRAM | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan | 9 Januari 2026 (Jumaat) |
Bantuan akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) yang telah didaftarkan oleh penerima dengan amaun diberikan mengikut kelayakan masing-masing.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
Kelayakan Bantuan SARA adalah secara automatik (tanpa permohonan) berdasarkan data penerima STR dan eKasih 2026.
AMAUN BANTUAN SARA JANUARI 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM100 | RM50 |
Setiap Rakyat Malaysia 18 tahun ke atas bakal menerima bayaran ONE-OFF sebanyak RM100 pada 9 Februari 2026, sebagai persiapan sambutan Ramadhan dan Tahun Baru Cina.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 9 Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
Daftar baru