BANTUAN SARA RM100 ONE OFF : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Bagi membantu meringankan bebanan rakyat dalam membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan bulan Ramadan, Kerajaan menyediakan inisiatif Bantuan SARA yang dikreditkan secara One-Off dengan jumlah sebanyak RM100 setiap seorang rakyat dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Bagaimanakah cara semakan status kelayakan penerima Bantuan SARA RM100 One Off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SYUKUR SABAH (2026) PEMOHON BERSTATUS LAYAK SAHAJA AKAN TERIMA BAYARAN
TARIKH KREDIT BANTUAN SARA RM100 ONE OFF
Kesemua 22 juta rakyat yang disahkan ‘Layak’ akan terima pengkreditan Bantuan SARA sebanyak RM100 secara One-Off adalah pada tarikh :
| JUMLAH BANTUAN | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| RM100 / setiap individu | 9 Februari 2026 (Isnin) |
PLATFORM KREDIT BANTUAN SARA ONE OFF
Satu (1) sahaja platform yang disediakan bagi pengkreditan Bantuan SARA One-Off iaitu melalui :
| JENIS AGIHAN | PLATFORM KREDIT |
|---|---|
| Agihan secara One-Off (Sekaligus) | Pengkreditan melalui Kad Pengenalan (myKad) penerima |
KEGUNAAN BANTUAN SARA ONE OFF
Kerajaan mengkreditkan Bantuan SARA dalam Kad Pengenalan (myKad) penerima adalah untuk digunakan bagi membeli barang-barang keperluan asas seperti yang disenaraikan di bawah :
| BIL. | KATEGORI BARANG DILULUSKAN |
|---|---|
| 1. | Beras |
| 2. | Telur |
| 3. | Minyak masak |
| 4. | Telur |
| 5. | Makanan sejuk beku (nuget, burger & sebagainya) |
| 6. | Mi segera |
| 7. | Makanan dalam tin |
| 8. | Bahan perasa (gula, garam, kicap, sos cili & sebagainya) |
| 9. | Biskut |
| 10. | Minuman (Teh, Milo, Susu, Kopi & sebagainya) |
| 11. | Produk penjagaan diri (Ubat gigi, sabun mandian, shampoo & sebagainya) |
| 12. | Lampin pakai buang (bayi & dewasa) |
| 13. | Ubat-ubatan (yang diluluskan oleh JKM) |
| 14. | Barang sekolah (Buku, kasut, beg sekolah & sebagainya) |
| 15. | Produk kebersihan rumah |
LANGKAH GUNA BANTUAN SARA ONE OFF
Cara guna Bantuan SARA One-Off sama sahaja seperti Bantuan SARA setiap bulan. Bagi yang belum mengetahui cara, ikuti panduan lengkap di bawah :
| LANGKAH | CARA-CARA GUNA BANTUAN SARA |
|---|---|
| 1. | Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya (semak yang terdekat anda : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list) |
| 2. | Pilih barang keperluan asas yang diluluskan |
| 3. | Berikan Kad Pengenalan kepada juruwang yang bertugas untuk pengesahan penerima ‘SARA One-Off’ |
| 4. | Juruwang akan imbas setiap barang keperluan yang dipilih |
| 5. | Transaksi bayaran akan disahkan dengan menggunakan Kad Pengenalan |
| 6. | Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF
Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA, ikuti cara semakan online di bawah :
- Sila layari laman web rasmi Portal Bantuan SARA di sini :
- Halaman utama Portal Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semakan Kelayakan].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- Tanpa <jarak> dan tanpa (-) contoh : 950431112345.
- Tandakan kotak [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Bantuan SARA One-Off akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status penerima layak Bantuan SARA One-Off :
| Nama Program | SARA One-Off 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/02/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
MAKLUMAT LANJUT
Bagi pembaca yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA One-Off, sila rujuk pihak berwajib melalui talian, e-mel dan laman berikut :
- Talian Rasmi SARA MOF : 03 7720 1800
- E-Mel Rasmi SARA : [email protected]
- Laman Pertanyaan SARA : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarka sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.