BANTUAN SARA 2026 ONLINE : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN MYKASIH DALAM IC
Walaupun Bantuan SARA telah mula disalurkan secara bulanan dan sekaligus kepada 22 juta rakyat Malaysia. Namun, masih ada sebahagian penerima yang tidak mengetahui kelayakan sebagai penerima dan tidak pernah menggunakan Bantuan SARA dalam IC untuk beli barang keperluan asas. Justeru, semua penerima yang layak dinasihatkan untuk guna bantuan sebelum tamat tempoh.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan SARA secara online? Rujuk panduan semakan lengkap di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN RM100 DALAM IC 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA
PENGGUNAAN BANTUAN SARA 2026
Masih ramai penerima yang keliru cara penggunaan Bantuan SARA dalam IC. Oleh itu, ikuti panduan penggunaan yang betul di bawah :
- Kunjungi premis terpilih SARA (Sumbangan Asas Rahmah) terdekat anda :
- Senarai premis terpilih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.
- Setibanya dipremis tersebut, pilih barang keperluan asas yang anda perlukan.
- *Pastikan mempunyai label SARA (Sumbangan Asas Rahmah) pada rak tanda harga.
- Berikan IC (Kad Pengenalan) kepada juruwang untuk imbasan pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Juruwang akan menyatakan baki yang ada dalam IC anda dan akan imbas barangan yang terpilih mengikut baki yang ada.
- Transaksi bayaran akan disahkan guna IC anda.
- Resit pembelian akan diberikan sebagai rekod penggunaan Bantuan SARA.
TARIKH BANTUAN SARA 2026 DISALURKAN
Kesemua penerima yang layak akan menerima Bantuan SARA dalam IC secara bulanan dan sekaligus mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan seperti berikut :
| JENIS PENYALURAN | TARIKH BANTUAN DISALURKAN |
|---|---|
| Penyaluran Setiap Bulan | 9 – 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
| Penyaluran Sekaligus | 9 Februari 2026 |
KADAR BANTUAN SARA 2026 DISALURKAN
Ketahui berapa kadar Bantuan SARA yang disalurkan ke dalam IC setiap kategori penerima untuk tahun 2026 :
- Penyaluran Bantuan SARA Secara Bulanan :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA B40 | PENERIMA M40 |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 setiap bulan | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas | RM150 setiap bulan | RM50 setiap bulan |
| Bujang | RM100 setiap bulan | RM50 setiap bulan |
- Penyaluran Bantuan SARA Secara Sekaligus :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA B40, M40 & T20 |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 sekaligus |
| Warga Emas | RM100 sekaligus |
| Bujang | RM100 sekaligus |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026 ONLINE
Rujuk panduan lengkap cara semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA untuk tahun 2026 secara online di bawah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| SARA (Sumbangan Asas Rahmah) | https://www.sara.gov.my/ |
- Pergi ke Portal Rasmi SARA (klik pautan di atas).
- Anda akan dibawa ke halaman utama Portal SARA.
- Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* pada ruang yang disediakan.
- *Pastikan tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 901020112345.
- *Pastikan tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Sahkan anda bukan robot dengan klik pada [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status penerima yang layak Bantuan SARA :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib melalui talian berikut :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.