BANTUAN SARA 2026 MALAYSIA : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH

BANTUAN SARA 2026 MALAYSIA : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Kerajaan Malaysia yakin taraf ekonomi rakyat terutamanya golongan rentan dapat diangkat dengan penerimaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara terus setiap bulan dengan kadar bayaran sehingga RM2,400 setahun.

Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan SARA 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA PERMOHONAN MYKASIH 2026 : PANDUAN LENGKAP REGISTER BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

APA ITU BANTUAN SARA MALAYSIA?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia yang disasarkan kepada rakyat dewasa yang berpendapatan rendah (B40) serta berpendapatan sederhana (M40) bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup.

Kerajaan akan menyalurkan Bantuan SARA secara ansur setiap bulan melalui pengkreditan terus ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima yang layak untuk membantu penerima membuat pembelian tanpa tunai (cashless).

JUMLAH BANTUAN SARA 2026

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan berdasarkan kelayakan penerima seperti berikut :

  • Penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM200 sebulan sehingga RM2,400 setahun.
    • Warga Emas : RM150 sebulan sehingga RM1,800 setahun.
    • Bujang : RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun.
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun.
    • Warga Emas : RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.
    • Bujang : RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.

*Tambahan sebanyak RM100 akan disalurkan secara one-off kepada 22 juta rakyat dewasa termasuk penerima miskin, miskin tegar dan asas bukan miskin.

TEMPOH BAYARAN BANTUAN SARA 2026 MALAYSIA

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2026 akan dilaksanakan selama tempoh 12 bulan (sama kepada semua penerima) iaitu bermula pada bulan Januari 2026 sehingga Disember 2026.

Baki atau Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang tidak digunakan pada bulan Januari atau mana-mana bulan, jumlah tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama jumlah pengkreditan semasa (sebelum 31 Disember 2026).

TARIKH BAYARAN SARA 2026

Setiap bulan, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dibayar kepada yang layak mengikut tarikh seperti berikut :

  • Januari 2026.
  • Februari 2026.
  • Mac 2026.
  • April 2026.
  • Mei 2026.
  • Jun 2026.
  • Julai 2026.
  • Ogos 2026.
  • September 2026.
  • Oktober 2026.
  • November 2026.
  • Disember 2026.

*Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas diumumkan secara rasmi.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA

Mudah sahaja untuk tahu status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), ikuti panduan cara semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi MySTR 2026 https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Di halaman utama MySTR, klik butang [Log Masuk].
  3. Masukkan nombor MyKad anda.
  4. Klik butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
  6. Klik butang [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan [Kata Laluan] anda yang betul.
  8. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  9. Layarkan skrin ke bawah.
  10. Status kelayakan SARA 2026 akan dipaparkan.
  11. Selesai.

Selain semakan di laman MySTR, anda juga boleh membuat semakan di laman MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi MyKasih https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Layarkan skrin ke bawah.
  4. Klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
  5. Bahagian semakan akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad anda.
  7. Klik butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan SARA akan dipaparkan.
  9. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN SARA

Semua maklumat yang kami tulis dan kongsikan dalam artikel ini adalah berdasarkan maklumat sahih dalam Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Leave a Comment