BANTUAN SABAH RM900 2025 : SEMAK KELAYAKAN FASA 3 ANDA SEGERA

BANTUAN SABAH RM900 2025 : SEMAK KELAYAKAN FASA 3 ANDA SEGERA

Rekod kemiskinan di Negeri Sabah mencatatkan jumlah yang tertinggi. Oleh itu, Kerajaan memperuntukan sebanyak RM358.5 juta untuk disalurkan kepada 100,000 ribu rakyat di Sabah melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Bantuan Sabah) dengan kadar RM900 setiap seorang.

Ketahui cara semak, syarat layak, jadual bayaran dan info lebih lanjut berkaitan Bantuan Sabah RM900 di bawah.

BACA JUGA : LOGIN ECOSS : DAFTAR / REGISTER / CARA BELI MINYAK MASAK SUBSIDI

BANTUAN SABAH RM900 2025

APA ITU BANTUAN SABAH?

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat sekaligus untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Negeri Sabah.

Antara tujuan pemberian Bantuan Sabah RM900 adalah untuk :

  • Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
  • Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan;
  • Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas; dan
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah selaras dengan agenda nasional.

SIAPA YANG LAYAK?

Hanya rakyat yang memenuhi kelayakan sahaja dipilih layak untuk menerima Bantuan SYUKUR Sabah sebanyak RM900. Berikut merupakan kriteria dan syarat kelayakan yang ditetapkan :

KRITERIASYARAT KELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had Umur18 tahun dan ke atas
PemastautinStatus ‘H’ atau bermastautin
di Sabah tidak kurang 1 tahun
Pendapatandi bawah Garis Kemiskinan (PGK)
semasa di Sabah

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SABAH RM900

Untuk memudahkan rakyat Sabah menerima Bantuan SYUKUR, Kerajaan Negeri Sabah menyediakan tiga (3) kaedah bayaran seperti berikut :

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SABAHJENIS PENERIMA
Dikreditkan dalam akaun bankAda akaun bank
Diberikan secara tunai di kaunterTiada akaun bank
Dikreditkan dalam aplikasi e-Wallet
(YONO Superapp)
Tiada akaun bank

JADUAL BAYARAN BANTUAN SABAH 2025

Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah diberikan secara berfasa mengikut jadual seperti berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
Fasa 1
(Januari – Mac)
Februari 2025RM900
Fasa 2
(April – Jun)
April – Mei 2025RM900
Fasa 3
(Julai – September)
September 2025RM900
Fasa 4
(Oktober – Disember)
Oktober 2025RM900

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SABAH RM900 2025

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak Bantuan Sabah RM900, ikuti cara semakan berikut :

  1. Layari laman Portal Rasmi PADANS ‘Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025’ di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Klik pada butang [Semak].
  5. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. ⁠Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. ⁠Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SABAH

Soalan-soalan lazim (faq) yang sering ditanya berkaitan Bantuan Sabah adalah seperti berikut :

  1. Berapakah jumlah bayaran Fasa 3?
    • RM900 setiap penerima layak.
  2. Bila tarikh bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 2025?
    • Bayaran Fasa 3 dijangka bermula pada Ogos 2025 dan diagihkan secara berperingkat sehingga September.
  3. Apakah kaedah bayaran yang digunakan untuk Bantuan SYUKUR?
    • Pembayaran dibuat melalui akaun bank penerima, tuntutan tunai di kaunter terpilih, atau e-Wallet (contoh: YONO).
  4. Siapa yang layak menerima Bantuan SYUKUR Sabah 2025?
    • Bantuan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah, tergolong dalam kategori B40 atau M40 terpilih, serta berdaftar dalam pangkalan data penerima SYUKUR.
  5. Bolehkah Bantuan SYUKUR Sabah digunakan untuk bayar bil utiliti?
    • Ya, Bantuan RM900 dikreditkan boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi.

INFO LANJUT

Informasi berkaitan Bantuan Sabah yang dikongsikan dalam artikel ini dirujuk daripada Portal Rasmi PADANS. Untuk info lebih lanjut berkaitan Bantuan Sabah, sila hubungi pihak berwajib seperti berikut :

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment