BANTUAN RM300 SEBULAN 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN RM300 SEBULAN 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Bagi mengurangkan beban kewangan golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Sabah, khususnya dalam mendapatkan barangan keperluan asas, kerajaan telah melaksanakan satu inisiatif bantuan tunai khas dengan peruntukan berjumlah RM358.5 juta melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat.

Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan sabah rm300 sebulan 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN 100 IC 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH RM300 SEBULAN 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

KADAR BANTUAN SABAH SEBULAN 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah menyediakan bantuan tunai sebanyak RM300 sebulan. Bantuan ini akan disalurkan secara berfasa dengan pembayaran sebanyak RM900 bagi setiap satu Fasa (1, 2, 3, 4).

TARIKH PENYALURAN BANTUAN SABAH 2025

Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 (Januari – Mac 2025): Pembayaran bermula 19 Februari 2025 (Rabu)
  • Fasa 2 (April – Jun 2025): Pembayaran bermula April 2025
  • Fasa 3 (Julai – September 2025): Pembayaran bermula September 2025
  • Fasa 4 (Oktober – Disember 2025): Pembayaran bermula Oktober 2025

SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM300 SEBULAN

Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi semakan kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 (SYUKUR) : https://sukur.sabah.gov.my/
  2. Halaman utama Portal Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat akan dipaparkan.
  3. Klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] diruangan yang disediakan
  5. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  6. ⁠Status Kelayakan Penerima akan di paparkan di sini ‘Layak’ atau ‘Tidak’.
  7. Selesai.

CARA KREDIT BANTUAN SABAH RM300 SEBULAN

Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:

  • Penerima yang Mempunyai Bank Akaun:
    Pengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan;
  • Tiada Akaun Bank:
    Bantuan akan diberikan secara tunai; atau
  • Mempunyai akaun e-Wallet YONO Superapp:
    Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq

2 thoughts on “BANTUAN RM300 SEBULAN 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA”

  1. Saya yang cicir dari status eKasih ini pun tidak layak.sedangkan gaji bersih suami saya dibawah RM 1,000 lebih saja apabila suami dapat gaji hanya RM 150-200 saja yang dapat pegang.mana lagi anak bersekolah menengah dan rendah

    Reply

Leave a Comment