BANTUAN RM200 SETIAP BULAN : BAYARAN AKAN DIKREDIT MASUK DI DALAM MYKAD JIKA STATUS LAYAK FASA 1 2026
Penambahbaikan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan dengan peruntukan sebanyak RM8 bilion untuk tahun 2026, membolehkan 8.1 juta penerima yang layak untuk menikmati manfaat bantuan dengan lebih baik.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan rm200 setiap bulan? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR 2026 FASA 1 : SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK LAYAK
BANTUAN RM200 SETIAP BULAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan setiap bulan Kerajaan kepada rakyat yang memerlukan bantuan terutama B40 bagi memenuhi keperluan asas.
Pengkreditan SARA kepada golongan B40 berstatus eKasih lebih tinggi berbanding dengan penerima yang tidak tersenerai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin dalam Sistem eKasih.
PENERIMA BANTUAN RM200 SETIAP BULAN
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KRITERIA |
|---|---|
| Isi Rumah | Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 |
Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara automatik (tanpa permohonan) berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sistem eKasih 2026.
TARIKH BAYARAN BANTUAN RM200 FASA 1
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Fasa Januari akan dikreditkan bermula tarikh berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH PEMBAYARAN FASA 1 (JANUARI) |
|---|---|
| Isi Rumah | 9 Januari 2026 (Jumaat) |
Bantuan akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) yang telah didaftarkan oleh penerima dengan amaun diberikan mengikut kelayakan masing-masing.
PENGKREDITAN BANTUAN RM200 SETIAP BULAN
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) | TOTAL SETAHUN (RM) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan | RM2,400 |
- Jadual Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Setiap Bulan :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN (RM) | BULAN PEMBAYARAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 (Setiap Bulan) | Januari 2026 Februari 2026 Mac 2026 April 2026 Mei 2026 Jun 2026 Julai 2026 Ogos 2026 September 2026 Oktober 2026 November 2026 Disember 2026 |
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN RM200
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak (jika anda layak) |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 200.00 |
Semakan Status Pendaftaran eKasih :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
- Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
- Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
- Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
- Disahkan – Telah dibanci;
- Disemak – Dalam proses banci;
- Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN RM200 SETIAP BULAN
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk mendapatkan barangan keperluan asas di kedai atau pasar raya berdaftar di bawah Program SARA MyKasih seperti :
- Pasar Raya Besar: Mydin, Giant, Lotus’s (Tesco)
- Kedai Runcit: 99 Speedmart, dan pasar mini terpilih
Senarai penuh boleh di semak di : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf