BANTUAN RM100 IC : 2025 CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Pelaksanaan bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam IC penerima kini disalurkan secara bulanan dan juga sekaligus (one-off). Hanya penerima sedia ada yang layak menerima secara bulanan dan semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas akan menerima secara sekaligus (one-off).
Bagaimanakah cara check status Bantuan RM100 IC? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAKI SARA ONE OFF : CARA SEMAKAN ONLINE BAYARAN BANTUAN RM100
PENERIMA LAYAK BANTUAN RM100 IC
Kelayakan penerima Bantuan SARA Dalam IC disahkan berdasarkan kriteria berikut :
- Kriteria Kelayakan Penerima SARA Setiap Bulan :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus Permohonan STR kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM).
- Kriteria Kelayakan Penerima SARA Sekaligus :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 18 tahun dan ke atas;
- Tiada had pendapatan.
CARA CHECK STATUS BANTUAN RM100 IC
Bermula pada 21 Ogos 2025, anda boleh check status kelayakan sebagai penerima Bantuan RM100 Dalam IC seperti berikut :
- Layari pautan portal rasmi di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR BAYARAN BANTUAN DALAM IC
Setiap kategori penerima sedia ada akan menerima Bantuan SARA Dalam IC pada setiap bulan dengan kadar yang berbeza seperti berikut :
KADAR BAYARAN DALAM IC KEPADA PENERIMA SARA DAFTAR STR & EKASIH | KADAR BAYARAN DALAM IC KEPADA PENERIMA SARA DAFTAR STR SAHAJA |
---|---|
Isi Rumah : RM100 – RM200 setiap bulan | Isi Rumah : RM100 setiap bulan |
Warga Emas : RM100 – RM150 setiap bulan | Warga Emas : RM50 setiap bulan |
Bujang : RM50 setiap bulan | Bujang : – |
Namun, bayaran Bantuan SARA Dalam IC sekaligus kepada semua penerima (termasuk penerima sedia ada) sebanyak berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN DALAM IC SEKALIGUS |
---|---|
Isi Rumah | RM100 suami RM100 isteri |
Warga Emas | RM100 suami RM100 isteri |
Bujang | RM100 setiap individu |
CARA CHECK STATUS BAYARAN BANTUAN RM100 IC
Anda boleh check status bayaran Bantuan Dalam IC secara online atau manual seperti panduan berikut :
Check Status Bayaran Bantuan Dalam IC Secara Online :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status Bayaran Bantuan dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
Check Status Bayaran Bantuan Dalam IC Secara Manual :
- Melalui Mesin Kiosk Touch ‘n Go :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Status Bayaran Bantuan dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
Atau :
- Melalui Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak / Kedai Serbaneka :
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN BANTUAN RM100 IC
Bayaran Bantuan SARA Dalam IC dilaksanakan mengikut tarikh berikut :
PENERIMAAN BAYARAN | TARIKH BAYARAN DALAM IC |
---|---|
Setiap bulan | 15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 |
Sekaligus | 31 Ogos 2025 |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/