BANTUAN RM100 DALAM IC 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN NAMA PENERIMA
Kad Pengenalan Diri (IC) rakyat Malaysia dicipta berasaskan cip seperti kad pintar yang membolehkan ianya digunakan untuk menerima bantuan tanpa tunai oleh kerajaan dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah semakan status kelayakan nama penerima Bantuan Dalam IC? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : EKASIH ONLINE : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
BANTUAN RM100 DALAM IC 2025
Bukan semua penerima akan menerima jumlah Bantuan Dalam IC yang sama iaitu sebanyak RM100 sebulan. Namun, kerajaan akan mengkreditkan Bantuan Dalam IC dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM100 & RM200 sebulan.
- Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM100 sebulan.
- Kategori Warga Emas :
- Warga Emas Miskin & Miskin Tegar : RM100 & RM150 sebulan.
- Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM50 sebulan.
- Kategori Bujang :
- Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM50 sebulan.
SENARAI KEGUNAAN BANTUAN DALAM IC 2025
Kegunaan Bantuan Dalam IC adalah khas untuk pembelian barangan berikut :
- Bahan makanan asas :
- Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa.
- Barangan kebersihan :
- Ubat gigi, sabun cecair mandian, tuala wanita.
- Ubat-ubatan :
- Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM
- Barangan persekolahan :
- Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis
TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM IC 2025
Kerajaan mengkreditkan Bantuan Dalam IC penerima setiap bulan secara automatik mengikut tarikh berikut :
- 15/01/2025 (Rabu)
- 01/02/2025 (Sabtu)
- 01/03/2025 (Sabtu)
- 01/04/2025 (Selasa)
- 01/05/2025 (Khamis)
- 01/06/2025 (Ahad)
- 01/07/2025 (Selasa)
- 01/08/2025 (Jumaat)
- 01/09/2025 (Isnin)
- 01/10/2025 (Rabu)
- 01/11/2025 (Sabtu)
- 01/12/2025 (Isnin)
CARA GUNA BANTUAN DALAM IC 2025
Hanya individu yang disahkan layak boleh memggunakan Bantuan Dalam IC seperti berikut :
- Kunjungi kedai yang menerima bayaran menggunakan IC (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini)
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjukkan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN IC.
- Bayaran menggunakan IC akan disahkan dan resit akan diberikan.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM IC 2025
Ketahui status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan Dalam IC melalui semakan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI DUIT BANTUAN DALAM IC 2025
Bagi penerima yang telah menggunakan Bantuan Dalam IC untuk pembelian boleh membuat semakan baki duit seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Jumlah baki duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.