BANTUAN RM100 2025 : (SARA ONE OFF) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup semua rakyat dewasa, Kerajaan menambah peruntukan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) kepada RM15 billion untuk disalurkan kepada semua rakyat sebagai penghargaan.
Bagaimanakah semak status penerima Bantuan RM100? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYSARA SEMAKAN ONLINE STATUS : KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN RM100 2025
Berikut merupakan tarikh penerimaan dan tarikh akhir guna Bantuan SARA RM100 :
TARIKH MULA KREDIT | TARIKH AKHIR GUNA |
---|---|
31 Ogos 2025 | 31 Disember 2025 |
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN RM100 2025
Kesemua penerima yang layak akan menerima Bantuan SARA dengan kaedah yang sama, iaitu melalui pengkreditan tanpa tunai (cashless) terus ke dalam kad pengenalan (MyKad) yang boleh digunakan untuk perbelanjaan keperluan asas.
KRITERIA PENERIMA BANTUAN RM100 2025
Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Bantuan SARA one-off :
- Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun dan ke atas.
CARA SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 2025
Ikuti cara semak status kelayakan penerima Bantuan SARA RM100 seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN RM100 2025
Sekiranya ‘Layak’, anda boleh menggunakan Bantuan seperti berikut :
- Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih MyKasih berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my.