BANTUAN ONE OFF DALAM MYKAD 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Inisiatif Bantuan SARA iaitu Sumbangan Asas Rahmah dilaksanakan secara One-Off dikreditkan dalam MyKad 22 juta penerima yang layak sebagai penghargaan kerajaan kepada rakyat-rakyat Malaysia tanpa mengira pendapatan B40, M40 dan T20.
Bagaimanakah check status layak atau tidak Bantuan One Off dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 : HANYA PEMOHON YANG LAYAK SAHAJA AKAN DIBAYAR
SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN ONE OFF DALAM MYKAD
Kerajaan hanya mengkreditkan Bantuan SARA One-Off ke dalam MyKad mereka yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
| KRITERIA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Umur | 18 tahun dan ke atas |
| Status Perkahwinan | Bujang / Balu / Bercerai atau Berkahwin |
| Kadar Pendapatan | Tiada had pendapatan (B40, M40 dan T20) |
NILAI BANTUAN ONE OFF DALAM MYKAD 2026
Bantuan SARA yang dikreditkan secara One-Off ke dalam MyKad penerima adalah bernilai sebanyak berikut :
- Kategori Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | NILAI KREDIT DALAM MYKAD (ONE-OFF) |
|---|---|
| Bujang 18 hingga 59 tahun | RM100 setiap seorang |
| Bujang 60 tahun ke atas (warga emas) | RM100 setiap seorang |
- Kategori Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | NILAI KREDIT DALAM MYKAD (ONE-OFF) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpasangan | RM100 (suami) dan RM100 (isteri) |
| Isi Rumah Balu / Bercerai | RM100 setiap seorang |
TARIKH KREDIT BANTUAN ONE OFF DALAM MYKAD
Kerajaan mengkreditkan Bantuan SARA secara One-Off kepada yang layak mengikut tarikh yang tertera seperti berikut :
| CARA PENERIMAAN | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| Penerimaan secara One-Off yang dikreditkan dalam MyKad penerima | 09 Februari 2026 (Isnin) |
CHECK STATUS BANTUAN ONE OFF DALAM MYKAD
Rujuk panduan lengkap cara check status penerima Bantuan SARA One-Off dalam MyKad di bawah :
- Sila layari laman web rasmi di sini : https://www.sara.gov.my/.
- Anda akan dibawa ke laman web rasmi tersebut.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad anda.
- Klik pada [Verify you are human].
- Klik pula pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Bantuan SARA One-Off aka dipaparkan.
- Selesai.
Berikut merupakan contoh paparan status penerima yang layak :
| Nama Program | SARA One-Off |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/02/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
INFO LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA One-off Dalam MyKad, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- ☎️ Hubungi Talian Rasmi : 03-7720 1800
- 💻 E-melkan Ke : sara.mykasih.com
*Waktu Operasi : 9 pagi hingga 5 petang.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarka sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.