BANTUAN MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK
Hasil penyasaran semula subsidi membolehkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 diperluas kepada 5.4 juta rakyat diseluruh Malaysia termasuk eKasih dan bukan eKasih bermula April 2025.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak bantuan mysara 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SARA 2025 SEMAK STATUS : KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSARA 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
PENERIMA SEDIA ADA (0.7 JUTA PENERIMA) | PENERIMA BAHARU (4.7 JUTA PENERIMA) |
---|---|
Berstatus Miskin/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih | Bukan eKasih |
Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 | Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 |
Kategori Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan | Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan |
Tarikh Pelaksanaan Bermula Januari – Disember 2025 | Tarikh Pelaksanaan Bermula April – Disember 2025 |
KADAR BANTUAN MYSARA 2025
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
- Jumlah Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Setahun (2025)
PENERIMA SEDIA ADA (BERSTATUS EKASIH) | PENERIMA BAHARU (BUKAN EKASIH) |
---|---|
Isi Rumah RM 2,100 Setahun | Isi Rumah RM 900 Setahun |
Warga Emas Tiada Pasangan RM 1,650 Setahun | Warga Emas Tiada Pasangan RM 450 Setahun |
Bujang RM600 Setahun | – |
- Amaun Bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025
PENERIMA SEDIA ADA (BERSTATUS EKASIH) | PENERIMA BAHARU (BUKAN EKASIH) |
---|---|
Isi Rumah RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) | Isi Rumah RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) | Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang RM50/bulan (bermula Januari – Disember) | – |
PENGKREDITAN BANTUAN MYSARA KEPADA PENERIMA
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Penyaluran secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk berlabel SARA MyKasih yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan MyKad. |
CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA BANTUAN MYSARA 2025
Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara