BANTUAN MYKASIH SETIAP BULAN : ADAKAH ANDA LAYAK? SEMAK SEKARANG
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan oleh kerajaan untuk membantu golongan B40 dan M40 yang layak, sebagai bantuan tambahan setiap bulan untuk menyokong perbelanjaan keperluan asas penerima secara bulanan.
Bagaimanakah semak duit dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN STATUS BANTUAN SABAH : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA FASA 3 2025

APA ITU BANTUAN MYKASIH SETIAP BULAN?
Bantuan MyKasih merujuk kepada:
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
- Disalurkan secara bulanan ke dalam MyKad penerima;
- Khusus digunakan untuk membeli barang keperluan asas di kedai berdaftar Program SARA.
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH SETIAP BULAN
Kadar bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
BANTUAN MYKASIH SETIAP BULAN
Status Kelayakan boleh disemak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Contoh Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA TEBUS
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
BARANG BOLEH DIBELI
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, barang kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barang keperluan sekolah.

SENARAI KEDAI TERIMA MYKASIH
Lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk pasar raya besar seperti:
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- Pacific;
- Lotus Stores (Tesco);
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYKASIH 2025:
- Berapa jumlah bantuan MyKasih setiap bulan?
- Kadar bayaran disalurkan kepada penerima adalah diantara RM50 sehingga RM200 sebulan bergantung kepada kategori kelayakan penerima.
- Di mana boleh gunakan MyKasih?
- Kredit MyKasih boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di kedai runcit tempatan, pasar mini, dan pasar raya besar yang berdaftar.
- Bila bantuan MyKasih dikreditkan ke dalam MyKad?
- Bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad penerima pada setiap awal bulan, contoh 1 September 2025.
- Adakah bantuan MyKasih boleh dikeluarkan tunai?
- Tidak boleh. Kredit bantuan hanya dibenarkan untuk pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad.
- Bagaimana semak baki bantuan dalam MyKad?
- Semakan baki duit bantuan dalam MyKad boleh di semak di Portal Rasmi SARA atau di resit pembelian barangan MyKasih.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]