BANTUAN MYKASIH RM100 SEMAKAN 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN MYKASIH RM100 SEMAKAN 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Penerima yang layak menerima Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 pada bulan ini adalah disahkan seramai 3.4 juta individu yang merupakan ketua isi rumah yang berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40).

Bagaimanakah Bantuan MyKasih RM100 semakan status kelayakan penerima? Ikuti panduan dan info di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SARA RM100 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN MYKASIH RM100 SEMAKAN 2025

Semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKasih RM100 hanya boleh dilakukan melalui pautan laman web rasmi MyKasih seperti berikut :

Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKasih RM100 seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi MyKasih pada pautan di atas.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SISTEM AGIHAN BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Agihan Bantuan MyKasih adalah melalui sistem berikut :

  1. Setelah individu disahkan status ‘Layak’ menerima Bantuan STR 2024;
  2. Individu tersebut secara automatik ‘Layak’ menerima Bantuan MyKasih 2025;
  3. Akaun penerima akan dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan diri;
  4. Bantuan MyKasih akan dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima yang ‘Layak’ setiap bulan;
  5. Penerima boleh menggunakan Bantuan MyKasih setiap bulan untuk pembelian keperluan asas.

JADUAL AGIHAN BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Berikut merupakan jadual agihan Bantuan MyKasih RM100 setiap bulan :

BIL.TARIKH AGIHANJUMLAH BANTUAN
1.01April 2025RM100
2.01Mei 2025RM100
3.01 Jun 2025RM100
4.01Julai 2025RM100
5.01 Ogos 2025RM100
6.01September 2025RM100
7.01 Oktober 2025RM100
8.01November 2025RM100
9.01 Disember 2025RM100
*Nota : Sekiranya penerima tidak menggunakan Bantuan MyKasih pada bulan April, bantuan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama bulan semasa sehingga 31 Disember 2025 dengan jumlah penuh RM900.

CARA GUNA BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Hanya penerima yang disahkan ‘Layak’ boleh menggunakan Bantuan MyKasih seperti berikut :

  1. Penerima perlu mengunjungi kedai atau pasaraya terpilih MyKasih berdekatan (rujuk senarai kedai di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
  3. Tunjukkan kad pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  4. Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Pembayaran menggunakan kad pengenalan dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment