BANTUAN MYKASIH MYKAD RM200 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Sebulan sekali Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan MyKasih melalui MyKad penerima yang terpilih untuk sepanjang tahun 2025. Penerima yang layak boleh membuat pembelian barangan keperluan asas di kedai atau pasaraya terpilih yang mempunyai medium pambayaran menggunakan MyKad.
Bagaimanakah semak status kelayakan Bantuan MyKasih MyKad RM200? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN EWALLET MADANI RM100 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKASIH MYKAD RM200 2025
Penerima Bantuan MyKasih yang bernilai RM200 sebulan dipilih berdasarkan kriteria seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan ketua isi rumah (KIR);
- Pendapatan isi rumah bawah garis PGK semasa;
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH MYKAD RM200 2025
Tarikh pembayaran Bantuan MyKasih bernilai RM200 sebulan melalui MyKad adalah dijadualkan seperti berikut :
BIL. | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | 15 Januari 2025 | RM100 |
2. | 1 Februari 2025 | RM100 |
3. | 1 Mac 2025 | RM100 |
4. | 1 April 2025 | RM200 |
5. | 1 Mei 2025 | RM200 |
6. | 1 Jun 2025 | RM200 |
7. | 1 Julai 2025 | RM200 |
8. | 1 Ogos 2025 | RM200 |
9. | 1 September 2025 | RM200 |
10. | 1 Oktober 2025 | RM200 |
11. | 1 November 2025 | RM200 |
12. | 1 Disember 2025 | RM200 |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH MYKAD RM200 2025
Ketahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih bernilai RM200 melalui semakan seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK BAKI BANTUAN MYKASIH MYKAD RM200 2025
Untuk mengetahui baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.