BANTUAN MYKASIH DALAM IC 2026 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK (RM2400 & RM1200 & RM600)

BANTUAN MYKASIH DALAM IC 2026 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK (RM2400 & RM1200 & RM600)

Setiap awal bulan, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad/IC (Kad Pengenalan) penerima yang layak untuk digunakan bagi mendapatkan barangan keperluan asas bulan tersebut.

Bagaimanakah semakan status bantuan mykasih dalam ic 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN MYKASIH 2026 RM200 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN MYKASIH DALAM IC

Bantuan MyKasih dalam IC ialah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di mana bantuan dilaksanakan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad/IC (Kad Pengenalan) penerima untuk digunakan bagi mendapatkan barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan menggunakan MyKad/IC tersebut.

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dilaksanakan seperti berikut :

Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih
KelayakanSecara automatik berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sistem eKasih
Tempoh ProgramSetiap Bulan (12 Bulan)
Kadar BantuanBermula RM50 sehingga RM200 bergantung kepada kelayakan penerima
Cara Pelaksanaan/PembayaranTanpa tunai (cashless) melalui MyKad/IC (Kad Pengenalan)

KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH DALAM IC

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, terdiri daripada :

  • Bantuan MyKasih Dalam IC (eKasih) :
    • Warganegara Malaysia;
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  • Bantuan MyKasih Dalam IC (BUKAN eKasih) :
    • Warganegara Malaysia;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH DALAM IC

Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan

(Total Setahun : RM2,400)
RM100 Setiap Bulan

(Total Setahun : RM1,200)
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan

(Total Setahun : RM1,800)
RM50 Setiap Bulan

(Total Setahun : RM600)
BujangRM100 Setiap Bulan

(Total Setahun : RM1,200)
RM50 Setiap Bulan

(Total Setahun : RM600)

TEMPOH SAH DUIT BANTUAN MYKASIH DALAM IC

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dilaksanakan setiap bulan kepada penerima yang layak seperti berikut :

TEMPOH SAHTARIKH PROGRAM BERMULA & BERAKHIR
12 BulanTarikh Program Bermula : 9 Januari 2026
Tarikh Program Berakhir/Luput : 31 Disember 2026

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH DALAM IC

Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)200.00

CARA GUNA DUIT BANTUAN MYKASIH DALAM IC

Penerima bantuan bulanan MyKasih boleh menggunakan duit bantuan dalam MyKad/IC untuk berbelanja barangan keperluan asas yang diluluskan seperti berikut :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment