BANTUAN MYKASIH 2026 TAMBAHAN : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA YANG AKAN TERIMA BAYARAN
Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) layak menerima bantuan MyKasih sebagai bantuan tambahan bagi memenuhi keperluan asas harian penerima dengan pengkreditan bantuan secara bulanan.
Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan mykasih 2026 tambahan? Ikuti Info lanjut disini.
APA ITU BANTUAN MYKASIH TAMBAHAN?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih ialah bantuan tanpa tunai yang diberikan kepada semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai bantuan tambahan bulanan dalam bentuk barangan keperluan asas MyKasih.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA MYKASIH | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| EKASIH | Warganegara Malaysia; Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR); Berpendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; |
| BUKAN EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tanpa Pasangan |
Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKASIH adalah secara automatik berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sistem eKasih 2026.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH TAMBAHAN 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan | RM100 Sebulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Sebulan | RM50 Sebulan |
| Bujang | RM100 Sebulan | RM50 Sebulan |
CARA PENGKREDITAN MYKASIH SETIAP BULAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan secara tanpa tunai seperti berikut :
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia & Sabah, Sarawak, W.P Labuan | Pengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
TEMPOH PELAKSANAAN MYKASIH 2026
Kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh digunakan dalam tempoh masa berikut :
| TARIKH PROGRAM BERMULA | TARIKH PROGRAM BERAKHIR/TARIKH LUPUT |
|---|---|
| 9 Januari 2026 | 31 Disember 2026 |
JADUAL KREDIT BANTUAN MYKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan Setiap Bulan seperti berikut :
| JENIS SARA MYKASIH | JADUAL BAYARAN |
|---|---|
| EKASIH | Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember |
| BUKAN EKASIH | Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember |
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH TAMBAHAN 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semak Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semak Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026