BANTUAN MYKASIH 2026 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN MYKASIH 2026 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Terkini! Masih ramai yang belum tahu bahawa status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh di semak dengan mudah hanya secara dalam talian, tanpa secara fizikal di kaunter kedai atau pasar raya berdaftar Program SARA.

Bagaimanakah semakan status kelayakan bantuan mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BARANGAN MYKASIH 2026 : SENARAI BARANG & SEMAKAN STATUS BAYARAN

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

JENIS PENERIMAKELAYAKAN
BERSTATUS EKASIHWarganegara Malaysia;

Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan

Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
BUKAN EKASIHWarganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang

CARA PELAKSANAAN & TEMPOH BANTUAN MYKASIH 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dilaksanakan setiap bulan kepada penerima yang layak seperti berikut :

TEMPOH BANTUANCARA PELAKSANAAN
Setiap Bulan (12 Bulan)

Tarikh Program Bermula : 9 Januari 2026
Tarikh Program Berakhir/Luput : 31 Disember 2026
Tanpa tunai (cashless) melalui
MyKad (Kad Pengenalan)

SEMAKAN AMAUN BULANAN BANTUAN MYKASIH 2026

Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH 2026

Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)200.00

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment