BANTUAN MYKASIH 2025 SEMAKAN : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN MYKASIH 2025 SEMAKAN : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Jumlah penerima Bantuan MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) yang baharu pada tahun ini bertambah seramai 4.7 juta menjadikan keseluruhan jumah penerima yang layak adalah seramai 5.4 juta melibatkan isi rumah, warga emas dan juga bujang yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah Bantuan MyKasih semakan status kelayakan penerima? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN AIDILFITRI : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (DUIT RAYA RM300)

CARA PEMBERIAN BANTUAN MYKASIH 2025

Pihak Kerajaan telah menyelaraskan cara pemberian Bantuan MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan yang mana ianya akan dikreditkan menerusi kad pengenalan (IC) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.

SYARAT PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025

Pemberian Bantuan MyKasih pada awalnya hanya diberikan kepada golongan Miskin dan Miskin Tegar sahaja. Namun, kini Kerajaan telah meluaskan juga kepada golongan Asas Bukan Miskin. Oleh itu, terdapat dua (2) syarat penerima seperti berikut :

  • Penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

KADAR KREDIT BANTUAN MYKASIH 2025

Kadar pengkreditan Bantuan MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) setiap bulan adalah bergantung kepada kelayakan setiap kategori penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR KREDIT MYKASIH 2025
Isi Rumah Miskin & Miskin TegarRM100 & RM200 setiap bulan
Isi Rumah Asas Bukan MiskinRM100 setiap bulan
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMASKADAR KREDIT MYKASIH 2025
Warga Emas Miskin & Miskin TegarRM100 & RM150 setiap bulan
Warga Emas Asas Bukan MiskinRM50 setiap bulan
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGKADAR KREDIT MYKASIH 2025
Bujang Miskin & Miskin TegarRM50 setiap bulan
Bujang Asas Bukan MiskinTiada

BANTUAN MYKASIH 2025 SEMAKAN

Ketahui status kelayakan anda melalui semakan di pautan di bawah berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

TARIKH & TEMPOH KREDIT BANTUAN MYKASIH 2025

Pengkreditan Bantuan MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) adalah selama tempoh 9 hingga 12 bulan mengikut tarikh seperti jadual di bawah :

STATUS KELAYAKAN PENERIMATARIKH & TEMPOH KREDIT
Penerima Miskin & Miskin TegarBermula 15 Januari 2025
Sehingga 1 Disember 2025
(Dikreditkan setiap bulan selama
tempoh 12 bulan)
Penerima Asas Bukan MiskinBermula 1 April 2025
Sehingga 1 Disember 2025
(Dikreditkan setiap bulan selama
tempoh 9 bulan)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “BANTUAN MYKASIH 2025 SEMAKAN : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA”

Leave a Comment