SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025 (RM100 & RM200)

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025 (RM100 & RM200)

Tambahan peruntukan sebanyak RM2 billion, manjadikan keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 billion untuk diagihkan kepada rakyat melalui Program MyKasih yang diteruskan setiap bulan dan juga one-off pada tahun ini dapat dinikmati oleh seramai 22 juta rakyat Malaysia.

Untuk semakan kelayakan dan bayaran Bantuan MyKasih, sila rujuk panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN DALAM IC : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN MYKASIH

APA ITU BANTUAN MYKASIH?

Program MyKasih iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperuntukan oleh Kerajaan MADANI khas untuk menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas yang disalurkan setiap bulan kepada golongan B40 dan M40 serta disalurkan one-off kepada semua rakyat tanpa mengira jumlah pendapatan.

SIAPA YANG LAYAK?

Hanya rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut sahaja layak terima MyKasih setiap bulan dan One-off :

  • Syarat Kelayakan Penerima MyKasih Setiap Bulan :
    • Warganegara Malaysia;
    • Tiada had umur;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
    • Pendapatan Bawah RM5,000 sebulan;
    • Tersenarai sebagai penerima miskin eKasih.
  • Syarat Kelayakan Penerima MyKasih One-off :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 18 tahun dan ke atas;
    • Tiada had pendapatan.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH

Jumlah bayaran MyKasih adalah bergantung kategori penerima berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN
PENERIMA
BAYARAN MYKASIH
SETIAP BULAN
BAYARAN MYKASIH
ONE-OFF
Isi Rumah B40RM100 – RM200RM100
Isi Rumah B40 & M40RM100RM100
Semua Isi RumahRM100
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN
PENERIMA
BAYARAN MYKASIH
SETIAP BULAN
BAYARAN MYKASIH
ONE-OFF
Warga Emas B40RM100 – RM150RM100
Warga Emas B40 & M40RM50RM100
Semua Warga EmasRM100
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN
PENERIMA
BAYARAN MYKASIH
SETIAP BULAN
BAYARAN MYKASIH
ONE-OFF
Bujang B40RM50RM100
Bujang B40 & M40RM100
Semua BujangRM100

CARA MYKASIH DISALURKAN

Penyaluran MyKasih setiap bulan dan One-off adalah melalui cara berikut :

JENIS PENERIMAANCARA MYKASIH DISALURKAN
Setiap bulanDisalurkan melalui Kad Pengenalan (MyKad)
One-offDisalurkan melalui Kad Pengenalan (MyKad)

JADUAL PENYALURAN

Semua penerima akan menerima bayaran MyKasih mengikut jadual penyaluran berikut :

TARIKH PENYALURAN
SETIAP BULAN
TARIKH PENYALURAN
ONE-OFF
15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 202531 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025

Berikut merupakan panduan lengkap cara semakan status kelayakan penerima :

  1. Sila layari Laman Portal Rasmi MyKasih di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
  2. Halaman utama ‘Penghargaan SARA’ akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan.
  4. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  5. Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
    • Contoh : 84XXXXXXXXXX.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  7. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

Soalan-soalan lazim (faq) berserta jawapan berkaitan MyKasih adalah seperti berikut :

  1. Apakah barang keperluan asas yang boleh dibeli guna MyKasih?
    • Antara barang keperluan asas yang boleh dibeli adalah beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
  2. Bolehkah buat pengeluaran tunai Bantuan MyKasih dari dalam MyKad?
    • Tidak boleh. Ianya perlu digunakan untuk pembelian secara tanpa tunai.
  3. Adakah perlu memohon Bantuan MyKasih?
    • Bantuan MyKasih akan dikreditkan dalam MyKad penerima yang layak secara automatik tanpa perlu kemukakan sebarang permohonan.
  4. Bagaimana jika MyKad rosak?
    • Penerima perlu membuat penggantian MyKad di JPN dan maklumkan kepada pihak MyKasih.
  5. Bolehkan penerima membeli barang menggunakan MyKasih di negeri lain?
    • Ya, asalkan kedai tersebut tersenarai sebagai rakan niaga MyKasih yang sah, walaupun berada di negeri berbeza.

MAKLUMAT LANJUT

Semua maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau masalah berkaitan Bantuan MyKasih, sila rujuk pihak MyKasih melalui talian berikut :

Leave a Comment