BANTUAN MYKAD RM300 SEBULAN : AKAN DISALURKAN KEPADA PENERIMA YANG LULUS SAHAJA – CEK STATUS SEGERA
Salah satu bantuan kerajaan untuk memenuhi keperluan asas rakyat Malaysia yang memerlukan adalah dengan menyediakan bantuan tanpa tunai (cashless) secara bulanan melalui MyKad untuk perbelanjaan barangan keperluan harian.
Bagaimanakah check status bantuan mykad rm300 sebulan? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: STR FASA 2 2026 PEMBAYARAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENEIRMA
BANTUAN MYKAD
Bantuan MyKad ialah bantuan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk perbelanjaan barangan keperluan asas di kedai atau pasar raya berdaftar Program SARA.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | Warganegara Malaysia; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
| SARA BUKAN EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
KADAR BULANAN BANTUAN MYKAD
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan | RM100 Sebulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Sebulan | RM50 Sebulan |
| Bujang | RM100 Sebulan | RM50 Sebulan |
JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD SEBULAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan selama 12 bulan seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | JADUAL BAYARAN |
|---|---|
| SARA EKASIH & SARA BUKAN EKASIH | Januari 2026 Februari 2026 Mac 2026 April 2026 Mei 2026 Jun 2026 Julai 2026 Ogos 2026 September 2026 Oktober 2026 November 2026 Disember 2026 |
CARA PENGKREDITAN DUIT BANTUAN MYKAD SEBULAN
Bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan seperti berikut :
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN | MEDIUM PEMBAYARAN |
|---|---|---|
| Semenanjung Malaysia & Sabah, Sarawak, W.P Labuan | Tanpa Tunai (Cashless) | MyKad (Kad Pengenalan) |
SEMAK STATUS BANTUAN MYKAD RM300 SEBULAN
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Portal SARA;
- Portal MySTR
Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 300.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026