BANTUAN MYKAD RM200 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Program bantuan bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara mykad diperluaskan ke Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bagaimanakah semakan status kelayakan bantuan mykad rm200? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM200 2025
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
Bukan eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan.
Berstatus Miskin/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan, Bujang.
CHECK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKAD RM200
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
JUMLAH BANTUAN MYKAD 2025
Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN BULANAN (PENERIMA BERSTATUS EKASIH) | BAYARAN BULANAN (PENERIMA BUKAN EKASIH) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM200/bulan (bermula April – Disember) | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150/bulan (bermula April – Disember) | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) | – |
CARA GUNA BANTUAN MYKAD RM200 2025
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara