BANTUAN MYKAD RM1200 2026 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK DAN CARA MEMOHON

BANTUAN MYKAD RM1200 2026 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK DAN CARA MEMOHON

Setelah permohonan diluluskan, semua penerima yang layak akan dibukakan akaun berdasarkan nombor MyKad penerima dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

Bagaimanakah semak kelayakan dan cara memohon Bantua MyKad RM1200? Rujuk panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK DAPAT PEMBAYARAN FASA 1

KADAR BANTUAN MYKAD 2026

Kerajaan bukan sahaja memberikan Bantuan dalam MyKad dengan kadar yang sama sebanyak RM1,200 kepada semua kategori. Namun, kadar bantuan adalah tertakluk kepada kelayakan dan kategori penerima seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMAKADAR KREDIT
DALAM MYKAD
Isi Rumah Status
‘Miskin & Miskin Tegar’
RM2,400 setahun
Warga Emas Status
‘Miskin & Miskin Tegar’
RM1,800 setahun
Bujang Status
‘Miskin & Miskin Tegar’
RM1,200 setahun
Isi Rumah Status
‘Asas Bukan Miskin’
RM1,200 setahun
Warga Emas Status
‘Asas Bukan Miskin’
RM600 setahun
Bujang Status
‘Asas Bukan Miskin’
RM600 setahun

KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 2026

Hanya dua (2) kategori yang layak terima Bantuan RM1,200 dalam MyKad, iaitu ‘Bujang’ dan ‘Isi Rumah’ yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan berbeza seperti berikut :

  • Kelayakan Penerima RM1,200 Dalam MyKad Status ‘Miskin & Miskin Tegar’ :
    • Warganegara Malaysia.
    • Kategori Bujang :
      • Belum berkahwin / balu / duda / janda tiada anak.
    • Had umur 21 hingga 59 tahun / OKU umur 19 tahun ke atas.
    • Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
    • Tersenarai Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM).
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Kategori Bujang.
  • Kelayakan Penerima RM1,200 Dalam MyKad Status ‘Asas Bukan Miskin’ :
    • Warganegara Malaysia.
    • Kategori Isi Rumah :
      • Berkahwin (ada / tiada anak) / ibu bapa tunggal (ada anak).
    • Tiada had umur.
    • Pendapatan RM2,500 atau sehingga RM5,000 sebulan.
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Kategori Isi Rumah.

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2026

Ketahui sama ada anda layak atau tidak terima bayaran Bantuan Dalam MyKad untuk tahun 2026 dengan membuat semakan secara online melalui laman web rasmi MyKasih seperti di bawah :

  1. Klik pada pautan laman web MyKasih di sini :https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
    • *Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-) contoh : 870230114567.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

CARA MEMOHON BANTUAN MYKAD 2026

Untuk mendapatkan Bantuan dalam MyKad, pastikan anda telah memohon Bantuan STR kerana jika berjaya, Bantuan akan dikredit secara automatik kepada penerima STR. Ikuti cara memohon yang mudah di bawah :

  1. Sila klik pada pautan laman web rasmi di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, terus klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Untuk teruskan permohonan tanpa guna MyDigital ID, klik butang [Ya, Teruskan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  5. Kemudian, sila klik pada butang [Semak].
  6. Maklumat diri akan dipaparkan secara automatik seperti ‘Nama Penuh’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’.
    • Akan dipaparkan berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDN terdekat.
  7. Pilih status perkahwinan anda :
    • Bujang – bagi yang belum berkahwin.
    • Kahwin – bagi yang mempunyai pasangan.
      • Bagi yang berkahwin, sila isi [Tarikh Nikah] dan muat naik [Sijil Nikah].
    • Balu – bagi yang kematian pasangan.
      • Bagi yang kematian pasangan, sila isi [Tarikh Kematian] dan muat naik [Sijil Kematian].
    • Duda / Janda – bagi yang bercerai.
      • Bagi yang bercerai, sila isi [Tarikh Penceraian] dan muat naik [Surat Cerai].
  8. Masukkan maklumat akaun bank anda yang masih aktif untuk penerimaan bantuan.
    • *Pastikan nombor akaun yang betul dan atas nama sendiri.
  9. Seterusnya, klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman berikutnya.
  10. Lengkapkan [Maklumat Pasangan] bagi yang mempunyai pasangan.
  11. Masukkan [Maklumat Anak] yang mempunyai anak kandung / anak angkat.
  12. Lengkapkan [Maklumat Waris] mengikut jenis hubungan dengan anda.
  13. Bagi pengesahan, anda perlu mengisi [Kod Captcha] mengikut nilai yang diberikan.
  14. Kemudian, klik butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
  15. Jika permohonan telah berjaya dihantar, anda akan dipaparkan dengan :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
  16. Selesai.

CARA DAFTAR BANTUAN MYKAD 2026

Bagi yang berpendapatan bawah garis kemiskinan, boleh mendaftar eKasih untuk mendapatkan Bantuan dengan kadar RM2,400 / RM1,800 / RM1,200 dalam MyKad. Ikuti cara daftar yang mudah di bawah :

  1. Sila klik pada pautan laman web rasmi di sini :https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Pada halaman tersebut, layarkan skrin ke bawah dan klik butang [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Untuk Didaftarkan Ke Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti dan kenalpasti syarat kelayakan anda.
  5. Seterusnya, hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau
  7. Hubungi talian Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900 https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.

Leave a Comment