BANTUAN MYKAD MYKASIH 100 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN MYKAD MYKASIH 100 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Kemudahan pembayaran tanpa tunai bagi pembelian barangan keperluan asas disediakan oleh Kerajaan MADANI melalui Bantuan Sumbangan Asas Rahmah di bawah Program MyKasih yang dikreditkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak setiap bulan.

Bagaimanakah semakan status sama ada layak atau tidak Bantuan MyKad MyKasih 100? Ikuti panduan semakan di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS PLKN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SENARAI KEGUNAAN BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025

Bantuan MyKasih dalam MyKad adalah khas untuk digunakan bagi pembelian barangan seperti berikut :

  • Barang Dapur : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa.
  • Produk kebersihan : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita.
  • Ubat-ubatan : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM.
  • Barangan persekolahan : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis.

*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

CARA GUNA BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025

  1. Kunjungi kedai terpilih MyKasih berhampiran (semak senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  4. Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025

Layak atau tidak anda menerima Bantuan MyKasih Dalam MyKad, ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SEMAKAN BAKI BANTUAN MYKAD MYKASIH 100 2025

Sekiranya anda telah menggunakan Bantuan MyKasih dalam MyKad, semak baki yang masih ada seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di Apple Apps Store / Google Play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dalam MyKad akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

1 thought on “BANTUAN MYKAD MYKASIH 100 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK”

  1. MEMOHON KEPADA SAYA YANG BENAR INGIN NAK MENDAPATI PEMENOROGAN PADA SAYA YANG KEHENDAKAN MENDAPATKAN PENDAPATAN BETOLONGAN KEWANGAN KAMU YANG LAYAK PADA SAYA MENDAPATKAN DI SINI .HARAP MENDAPAT PETOLINGAN KAMU DI SINI TERIMA KASIH

    Reply

Leave a Comment