BANTUAN MYKAD MADANI 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM2400 & RM1200 & RM600)
Bantuan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) bakal memasuki sesi 2026, di mana kategori kelayakan penerima diperluaskan kepada semua kategori termasuk Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Bagaimanakah semakan status kelayakan bantuan mykad madani 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN MYLESEN B2 2026 : CARA DAFTAR BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA TERBARU
BANTUAN MYKAD MADANI 2026
Bantuan MyKad Madani ialah inisiatif Kerajaan secara tanpa tunai melalui barangan keperluan asas yang dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk memenuhi keperluan asas harian penerima.
Program Bantuan MyKad Madani dilaksanakan seperti berikut :
- Program di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
- Dilaksanakan sebagai bantuan tambahan kepada penerima STR;
- Bantuan dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk setiap bulan bagi tempoh 12 bulan;
- Kredit bantuan boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih/SARA, di kedai berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad.
KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2026
Syarat Kelayakan MyKad (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
AMAUN BAYARAN
Kadar kelayakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA STR (BUKAN EKASIH) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 (RM200 Sebulan) | RM1,200 (RM100 Sebulan) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 (RM150 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
| Bujang | RM1,200 (RM100 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI 2026
Kelayakan penerima bantuan MyKad (SARA) adalah secara automatik, di mana semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan menerima bantuan tanpa sebarang permohonan diperlukan.
SEMAKAN STATUS
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]