BANTUAN MYKAD MADANI 2025 (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
Bagi meringankan beban rakyat akibat peningkatan kos sara hidup, kerajaan akan meneruskan inisiatif bantuan tambahan pada tahun 2025. Bantuan ini akan disalurkan terus ke dalam MyKad penerima dengan secara bulanan, khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah di seluruh Malaysia menguruskan keperluan harian mereka dengan lebih baik.
Bagaimanakah permohonan bantuan mykad madani 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG
APA ITU BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Bantuan MyKad adalah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)/Mykasih yang disediakan oleh Kerajaan Madani. Ianya dinamakan sebagai bantuan MyKad kerana kaedah penyaluran bantuan ini adalah secara TANPA TUNAI dimana bantuan akan disalurkan terus kedalam MyKad penerima, yang kemudiannya digunakan oleh penerima untuk membuat pembeli barangan keperluan asas di kedai runcit yang berdaftar dengan MyKasih (pembayaran menggunakan MyKad).
Kadar bantuan ini akan diberikan sehingga RM1,200 dimana ianya akan diberikan secara bulanan kepada penerima yang berstatus lulus sebanyak RM100/RM50 sebulan, bergantung pada kategori kelayakan individu.
Untuk menerima bantuan ini, individu perlulah berdaftar eKasih bagi kategori Miskin/Miskin, dan memohon STR 2025 bagi kategori BUKAN Miskin/Miskin Tegar. Hal ini kerana pendaftar eKasih dan pemohon STR yang berstatus LULUS, akan layak menerima bantuan ini secara automatik.
KATEGORI KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
PERMOHONAN MYKAD MADANI 2025
Untuk memohon/menerima bantuan ini, inidividu perlulah terdiri daripada penerima bantuan STR atau pendaftar eKasih (bagi golongan Miskin/Miskin Tegar). Setelah lulus (penerima) bantuan STR, dan pendaftaran eKasih, bantuan akan secara langsung dikreditkan kedalam MyKad penerima.
PANDUAN PENDAFTARAN SISTEM EKASIH
Pendaftaran dan semakan status kelulusan ekasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
- Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, untuk pendaftaran individu hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; atau boleh juga
- Hubungi PPN berhampiran, di talian PPN.
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx - Selesai.
PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN STR
Panduan lengkap permohonan STR 2025 adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
JUMLAH BANTUAN MYKAD 2025
Kadar bantuan yang akan disalurkan kedalam Mykad penerima adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 – BUKAN MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 900 (RM100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 450 (RM50 sebulan) |
Bujang | RM 600 (RM50 sebulan) | – |
TARIKH DAN JADUAL PENGAGIHAN BANTUAN
Tarikh pengagihan dan bayaran bagi Kategori Miskin/Miskin eKasih dengan BUKAN Miskin/Miskin eKasih adalah berbeza seperti berikut:
- Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih – Bermula Januari 2025
- Penerima Bantuan STR 2025 (BUKAN Miskin & Miskin Tegar eKasih) – Bermula April 2025.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana bayaran akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]