BANTUAN MYKAD 100 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & BAYARAN
Salah satu usaha Kerajaan bagi meringankan beban kewangan dan memastikan keperluan asas rakyat secara bulanan mencukupi adalah dengan menyediakan bantuan tambahan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk menebus barangan keperluan asas di pasar raya berdaftar Program SARA mengikut amaun yang diperuntukkan dalam MyKad penerima.
Bagaimanakah semakan status kelayakan dan bayaran bantuan mykad 100 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CEK BAKI MYKASIH ONLINE : CHECK BALANCE SARA 2026
BANTUAN MYKAD 2026
Bantuan MyKad atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih ialah bantuan kewangan bulanan Kerajaan yang dilaksanakan secara tanpa tunai (cashless) dan disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima khusus digunakan untuk perbelanjaan barangan keperluan asas.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) |
| Kelayakan | Secara automatik berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sistem eKasih |
| Tempoh Bantuan | 12 Bulan |
| Jumlah Bantuan | RM50 sehingga RM200 (bergantung kepada kelayakan penerima) |
| Cara Pelaksanaan/Pembayaran | Tanpa Tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) |
| Manfaat | Boleh berbelanja 15 kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai berdaftar Program SARA |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, terdiri daripada :
- SARA EKASIH :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- SARA BUKAN EKASIH :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
JUMLAH BANTUAN MYKAD 2026
Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & BAYARAN BANTUAN MYKAD 2026
Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
CARA TEBUS BARANGAN KEPERLUAN ASAS GUNA MYKAD
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad :
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
- Makanan Sejuk Beku : Sosej / Nuget
- Makanan : Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
Untuk mendapatkan barangan dengan pembayaran menggunakan MyKad, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti :
- Pasar raya besar (Mydin/Giant/Econsave/Pacific/Lotus Stores);
- Pasar raya mini (99 Speedmart);
- Kedai Runcit berdaftar.
Senarai penuh kedai yang berdaftar di bawah Program SARA, boleh di rujuk di Portal Rasmi SARA : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026