BANTUAN KASIH JOHOR SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA 2026
Menerusi Belanjawan Johor 2026, YAB Menteri Besar Johor mengumumkan Bantuan Tunai Kasih Johor secara one-off kepada pekerja ekonomi Gig diteruskan untuk Fasa 3, 2026 bagi meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi rentetan dengan peningkatan harga barang serta ekonomi yang tidak menentu.
Bagaimanakah semak bantuan kasih johor? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN STATUS MYSALAM 2026 : KELAYAKAN PENERIMA
APA ITU BANTUAN KASIH JOHOR FASA 3?
Sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Johor terhadap kebajikan barisan hadapan ekonomi gig dan sektor pengangkutan awam di Negeri Johor dalam meringankan beban kos sara hidup golongan sasar yang terkesan dengan peningkatan harga barang serta ekonomi yang tidak menentu, ialah dengan menyediakan Bantuan Kasih Johor (BKJ).
Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 3 dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 3 |
| Kelayakan | Pekerja Gig : pemandu e-Hailing, p-Hailing, pemandu kereta sewa atau teksi |
| Jumlah Bantuan | RM200 (ONE-OFF) |
| Kaedah Pembayaran | Pengagihan secara tunai di DUN masing-masing |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KASIH JOHOR FASA 3
Penerima BKJ 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
- Anak Kelahiran Negeri Johor; atau
- Bermastautin di Johor;
- Mempunyai lesen memandu dan permit/kad pendaftaran yang sah daripada agensi yang menyediakan perkhidmatan seperti :
- Pemandu e-Hailing;
- p-Hailing;
- Pemandu Kereta Sewa/Teksi
- Berdaftar dalam pangkalan data yang disahkan oleh pihak berkuasa atau syarikat operator masing-masing.
SEMAKAN STATUS BANTUAN KASIH JOHOR 2026
Status kelayakan penerima Bantuan Kasih Johor, Fasa 3 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Bantuan Kasih Johor Fasa 3 di : https://bkj.paj.com.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Masukkan Nombor MyKad anda yang diisi tanpa (-) di ruangan yang telah disediakan.
- Seterusnya, tekan butang (Semak Status).
- Sekiranya berjaya, anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- “Sukacita memaklumkan bahawa anda berjaya menerima Bantuan Tunai One-Off RM 200 Pemandu E-Hailing, P-Hailing & Pemandu Teksi Fasa 3.”
- Tarikh dan Lokasi agihan mengikut kawasan DUN masing-masing juga akan dipaparkan.
- Cetak dan simpan salinan maklumat sebagai rujukan semasa pengambilan bantuan di DUN.
- Selesai.
TARIKH & KAEDAH BAYARAN BANTUAN KASIH JOHOR 2026
Pelaksanaan Bantuan Kasih Johor Fasa 3 dilaksanakan seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan dijangka akan dilaksanakan pada bulan Mac 2026, dan penerima boleh menyemak di Portal Rasmi PAJ | Secara tunai di kawasan DUN masing-masing |
Lokasi, Tarikh dan Masa (Waktu) penyerahan duit Bantuan Kasih Johor akan dipaparkan semasa membuat semakan status di Portal Rasmi https://semakan.paj.com.my
Penerima juga disarankan untuk memuat turun dan cetak atau screenshot slip pengesahan dari portal rasmi.
Individu yang disahkan layak, WAJIB membawa Kad Pengenalan asli bagi tujuan pengesahan dan digalakkan hadir pada masa yang telah ditetapkan.
Sekiranya penerima tidak dapat hadir, wakil adalah dibenarkan mengambil duit bantuan seperti berikut :
- Membawa salinan Kad Pengenalan penerima dan wakil, serta
- Memuat turun dan cetak atau screenshot slip pengesahan dari portal rasmi PAJ.
- Mengisi borang wakil (muat turun di portal semakan PAJ) dan diserahkan kepada pegawai yang bertugas.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kasih Johor 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan Pengangkutan Awam Johor : 07-5225400
- Portal Rasmi Pengangkutan Awam Johor : https://semakan.paj.com.my/
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.johor.gov.my/bantuan-kasih-bangsa-johor