BANTUAN EWALLET TERBARU 2026 : BAYARAN RM300 SETIAP BULAN KEPADA PEMOHON YANG LAYAK (SEMAK STATUS SEKARANG)
Bantuan Keluarga di Selangor melalui BINGKAS membolehkan pemohon yang memenuhi syarat kelayakan menerima bantuan secara bulanan bagi menampung perbelanjaan barang keperluan asas harian.
Bagaimanakah permohonan dan semakan status bantuan ewallet terbaru 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH SEMAK STATUS STR FASA 1 2026 : YANG LULUS SEBAGAI PENERIMA BANTUAN AKAN TERIMA BAYARAN
APA ITU BANTUAN EWALLET?
Bantuan e-Wallet di sini merujuk kepada bantuan kewangan Kerajaan Negeri Selangor iaitu Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang dilaksanakan secara tanpa tunai melalui akaun e-Wallet SELANGKAH.
Tujuan utama bantuan ini adalah untuk membantu keluarga B40 di Selangor yang memerlukan bantuan dalam memenuhi keperluan harian melalui barangan asas.
BANTUAN EWALLET TERBARU 2026
Bantuan BINGKAS Selangor dilaksnakan seperti berikut :
| Nama Program | Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) |
| Tempoh Bantuan | Setiap Bulan (12 Bulan) |
| Amaun Bantuan (RM) | RM300 |
| Cara Bayaran | Akaun e-Wallet SELANGKAH |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 2026
Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pemilih berdaftar di Selangor;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah;
- Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
PERMOHONAN BANTUAN EWALLET 2026
Panduan lengkap permohonan bantuan BINGKAS secara online seperti berikut :
| TARIKH BUKA PERMOHONAN | TARIKH TUTUP PERMOHONAN |
|---|---|
| 1 Novermber 2025 (Sabtu) | Belum diumumkan secara rasmi |
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
- Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Tekan Butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
- Jika belum mempunyai akaun, sila klik butang Tekan [Daftar Akaun Selangkah baharu].
- Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
- Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
- Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
- Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
- Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
- Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid anak dan klik [Simpan].
- Setelah selesai, klik butang [Hantar].
- Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
- Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
- Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
- Permohonan telah berjaya dihantar.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan BINGKAS, seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan).
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan).
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara).
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti spt ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN EWALLET 2026
Status Permohonan dan Kelayakan BINGKAS boleh disemak seperti berikut :
- Portal Rasmi BINGKAS; atau
- Aplikasi Selangkah.
Semak status di Portal Rasmi BINGKAS :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
- Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
- Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
- Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
- Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
- Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
- Selesai.
Semak status di Aplikasi Selangkah :
- Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
- Kemudian, buka aplikasi tersebut.
- Daftarkan akaun anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
- Buka bahagian [BINGKAS].
- Semak status kelayakan anda.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN EWALLET 2026
Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
- Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
- Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
- Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 1800-22-6600
- Portal Rasmi BINGKAS : https://bingkasselangor.com/
- Soalan Lazim BINGKAS : https://bingkasselangor.com/soalan-lazim/