BANTUAN EWALLET TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM2400 & RM1200)
Demi memudahkan rakyat menerima bantuan, Kerajaan menyediakan platform bayaran bantuan secara tanpa tunai (cashless) kerana melihat kepada rata-rata rakyat kini membuat bayaran pembelian secara tanpa tunai (cashless) menggunakan aplikasi eWallet dan sebagainya.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan eWallet Tambahan? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
APA ITU BANTUAN EWALLET TAMBAHAN?
Inisiatif Bantuan eWallet Tambahan adalah dirujuk kepada Bantuan Tambahan iaitu ‘Sumbangan Asas Rahmah’ yang diberikan secara tanpa tunai (cashless) khas kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah.
Tujuan pemberian Bantuan Tambahan ini adalah untuk membantu rakyat memenuhi keperluan asas setiap bulan dikala kos sara hidup untuk pembelian barang keperluan asas yang semakin meningkat.
NILAI KREDIT BANTUAN EWALLET TAMBAHAN 2026
Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan Tambahan dengan nilai bermula RM600 hingga RM2,400 bergantung kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN | NILAI KREDIT SETIAP BULAN | NILAI KREDIT SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah (Miskin Tegar) | RM200 | RM2,400 |
| Warga Emas (Miskin Tegar) | RM150 | RM1,800 |
| Bujang (Miskin Tegar) | RM100 | RM1,200 |
| Isi Rumah (Bukan Miskin) | RM100 | RM1,200 |
| Warga Emas (Bukan Miskin) | RM50 | RM600 |
| Bujang (Bukan Miskin) | RM50 | RM600 |
PLATFORM KREDIT BANTUAN EWALLET TAMBAHAN
Bukan semua rakyat ‘Miskin Tegar’ ataupun rakyat ‘Bukan Miskin’ mempunyai telefon pintar yang boleh muat turun aplikasi eWallet. Oleh itu, bagi memudahkan semua rakyat menerima Bantuan Tambahan, Kerajaan akan mengkreditkannya melalui platform berikut :
- Dikreditkan dalam Kad Pengenalan (KP) dan boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) dengan sistem ‘Touch n’ Go’.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EWALLET TAMBAHAN
Bagi penerima sedia ada atau pemohon baharu yang ingin mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak sebagai penerima Bantuan Tambahan, anda boleh membuat semakan status secara online seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
*Status kelayakan untuk tahun 2026 belum dinyatakan. Oleh itu, anda perlu semak status kelayakan dari semasa ke semasa.
BUTIRAN LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Untuk butiran lanjut berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian / laman / e-mel berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]