BANTUAN EWALLET MADANI RM100 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN EWALLET MADANI RM100 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Saban hari penggunaan tanpa tunai (cashless) kini semakin meluas kerana dapat memudahkan masyarakat membuat transaksi bayaran dengan hanya menggunakan kod QR e-Wallet mahupun kad bank. Oleh itu, kerajaan turut menggalakkan pemberian secara tanpa tunai kepada rakyat.

Bagaimanakah semak kelayakan Bantuan eWallet MADANI RM100? Ikuti panduan dan info lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH 100 : CEK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

PENGENALAN BANTUAN EWALLET MADANI RM100 2025

Bantuan eWallet MADANI telah diperkenalkan pada tahun 2023 sebagai bantuan tambahan tanpa tunai yang dibayar secara one-off (sekaligus) dikreditkan dalam aplikasi e-Wallet yang membolehkan penerima untuk membuat pembelian secara tanpa tunai (cashless) tetapi tidak diteruskan lagi.

Namun Bantuan SARA juga diperkenalkan sejak tahun 2023 dan diteruskan sehingga kini (2025) sebagai bantuan tambahan tanpa tunai yang dibayar setiap bulan melalui kad pengenalan (KP) penerima untuk membantu memudahkan penerima membuat pembelian barang keperluan asas.

JADUAL KREDIT BANTUAN EWALLET MADANI RM100 2025

Bantuan SARA MADANI adalah dijadualkan sepanjang tahun seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMAPENGKREDITAN SESI 1
JANUARI – MAC
PENGKREDITAN SESI 2
APRIL – DISEMBER
Penerima Miskin
& Miskin Tegar
Isi Rumah : RM100/sebulan
Warga Emas : RM100/sebulan
Bujang : RM50/sebulan
Isi Rumah : RM200/sebulan
Warga Emas : RM150/sebulan
Bujang : RM50/sebulan
Penerima Asas
Bukan Miskin
Isi Rumah : RM100/sebulan
Warga Emas : RM50/sebulan
Bujang : Tiada

TARIKH KREDIT BANTUAN EWALLET MADANI RM100 TERBARU 2025

Pengkreditan bantuan yang terbaru pada tahun ini adalah pada tarikh berikut :

CARA PENGKREDITANTARIKH KREDIT TERBARU
Dikreditkan secara tanpa tunai (cashless)
melalui Kad Pengenalan (KP) penerima
Mulai 01 Mei 2025, Khamis

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN EWALLET MADANI RM100 2025

Ikuti cara semakan kelayakan penerima Bantuan SARA MADANI seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

SEMAK BAKI BANTUAN MADANI RM100 2025

Baki Bantuan SARA yang ada dalam kad pengenalan (KP) boleh disemak seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment