BANTUAN EWALLET B40 2026 : SEMAKAN STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Kebanyakan masyarakat masa kini membuat pembelian dengan melalui sistem bayaran tanpa tunai (cashless) menggunakan kad bank dan akaun e-Wallet. Oleh itu, Kerajaan mewujudkan Bantuan e-Wallet untuk memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan tanpa perlu beratur panjang di mesin ATM.
Bagaimanakah cara semakan status penerima Bantuan eWallet B40? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BINGKAS 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN BINGKAS SELANGOR RM300 SETIAP BULAN
PENGENALAN BANTUAN EWALLET B40
Inisiatif bantuan yang dikreditkan dalam akaun e-Wallet adalah merupakan Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor yang bertujuan untuk membantu mengurangkan cabaran ekonomi rakyat B40 serta mengalakkan pembelian tanpa tunai (cashless) dengan selamat tanpa perlu menggunakan akaun bank.
JUMLAH BANTUAN EWALLET YANG DIKREDITKAN 2026
Secara automatiknya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor akan dikreditkan dalam akaun e-Wallet dengan jumlah sebanyak RM300 setiap bulan sehingga mencecah RM3,600 setahun. Namun, baki yang ada dalam akaun e-Wallet tidak boleh digunakan pada bulan berikutnya dan akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan.
PROSES PENERIMAAN BANTUAN EWALLET B40
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor bukan terus dikreditan ke dalam akaun e-Wallet begitu sahaja. Namun, penerima perlu melalui proses-proses seperti berikut untuk menerima pengkreditan dalam e-Wallet :
- Semak syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
- Isi borang permohonan secara online.
- Hantar permohonan melalui laman web BINGKAS rasmi.
- Verifikasi permohonan akan diproses mengikut syarat kelayakan.
- Status kelayakan disahkan ‘Layak’ jika memenuhi syarat kelayakan.
- Penerima perlu muat turun aplikasi e-Wallet Selangkah.
- Daftarkan akaun e-Wallet dengan lengkap.
- Bantuan akan dikreditkan setiap bulan.
JADUAL KREDIT BANTUAN EWALLET 2026
Pengkreditan bantuan ke dalam akaun e-Wallet dilakukan setiap bulan mengikut jadual seperti di bawah :
| BIL. | TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|---|
| 1. | Januari 2026 | RM300 |
| 2. | Februari 2026 | RM300 |
| 3. | Mac 2026 | RM300 |
| 4. | April 2026 | RM300 |
| 5. | Mei 2026 | RM300 |
| 6. | Jun 2026 | RM300 |
| 7. | Julai 2026 | RM300 |
| 8. | Ogos 2026 | RM300 |
| 9. | September 2026 | RM300 |
| 10. | Oktober 2026 | RM300 |
| 11. | November 2026 | RM300 |
| 12. | Disember 2026 | RM300 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 2026
Apabila permohonan telah dihantar dan selesai diverifikasi oleh Kerajaan, pemohon boleh membuat semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan eWallet B40 secara online mengikut panduan berikut :
- Muat turun aplikasi SELANGKAH dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi SELANGKAH.
- Lengkapkan maklumat pendaftaran anda.
- Aktifkan akaun e-Wallet anda.
- Pergi ke bahagian Semakan BINGKAS.
- Semak status kelayakan anda.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
APA BOLEH BELI GUNA BANTUAN EWALLET
Dengan menggunakan akaun e-Wallet, penerima yang layak boleh membeli barang-barang keperluan asas seperti contoh berikut :
- Barang dapur kering
- (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Barang dapur basah
- (Contoh : Sayur-sayuran, buah-buahan, daging, ayam, ikan)
- Minuman
- (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin
- (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa
- (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan
- (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan
- (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan
- (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah
- (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
RUJUKAN RASMI
Pihak kami merujuk maklumat berkaitan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang dikreditkan melalui akaun e-Wallet adalah daripada Laman Portal Rasmi. Oleh itu, untuk maklumat lebih lanjut, buat rujukan di bawah :
- Laman Portal Rasmi : https://bingkasselangor.com/.
- Laman Pertanyaan Rasmi : https://bingkasselangor.com/hubungi-kami.