BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 SETIAP BULAN)
Golongan yang tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih layak menerima bantuan bulanan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk memenuhi keperluan asas harian.
Bagaimanakah check status bantuan ekasih dalam mykad 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN KERAJAAN TERKINI 2026 : ANDA BOLEH SEMAK KELAYAKAN & DAFTAR JIKA STATUS LAYAK
PENGENALAN BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD
Bantuan eKasih dalam MyKad ialah inisiatif Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah yang tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana bantuan disalurkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad (Kad Pengenalan), yang membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan asas secara bulanan.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH
Syarat kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih tahun 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan (Gaji) kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas (Tiada Pasangan).
JUMLAH BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD
Kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan | RM2,400 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan | RM1,800 |
| Bujang | RM100 Sebulan | RM1,200 |
PENGKREDITAN BANTUAN DALAM MYKAD
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih akan disalurkan ke dalam MyKad penerima mengikut jadual seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN | KATEGORI ISI RUMAH | KATEGORI WARGA EMAS | KATEGORI BUJANG |
|---|---|---|---|
| Januari 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| Februari 2026 | RM150 | RM150 | RM100 |
| Mac 2026 | RM150 | RM150 | RM100 |
| April 2026 | RM150 | RM150 | RM100 |
| Mei 2026 | RM150 | RM150 | RM100 |
| Jun 2026 | RM150 | RM150 | RM100 |
| Julai 2026 | RM150 | RM150 | RM100 |
| Ogos 2026 | RM150 | RM150 | RM100 |
| September 2026 | RM150 | RM150 | RM100 |
| Oktober 2026 | RM150 | RM150 | RM100 |
| November 2026 | RM150 | RM150 | RM100 |
| Disember 2026 | RM150 | RM150 | RM100 |
| TOTAL | RM2,400 | RM1,800 | RM1,200 |
CHECK STATUS KELAYAKAN BANTUAN
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]