BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
Data eKasih digunakan oleh kementerian serta agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan termasuk pelaksanaan program bantuan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima setiap bulan.
Bagaimanakah semak status bantuan ekasih melalui mykad layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CEK BANTUAN RM100 MYKAD : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD 2025
Bagi individu yang mendaftarkan diri melalui e-Kasih, akan layak menerima pelbagai bentuk bantuan daripada kerajaan atau agensi lain yang bertujuan untuk membasmi masalah kemiskinan. Antara bantuan yang dapat adalah bantuan melalui MyKad.
Yang mana ia akan disalurkan setiap bulan bagi membantu meringankan bebanan sara hidup dengan menampung kos pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
JUMLAH PENGKREDITAN BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD
Pengkreditan Bantuan e-Kasih ke dalam MyKad penerima adalah seperti berikut :
- Kumpulan Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD |
---|---|
Isi Rumah Berpasangan (Ada / Tiada anak) | RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun |
Isi Rumah Tunggal (Ada anak) | RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun |
- Kumpulan Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD |
---|---|
Bujang umur 21 hingga 59 tahun | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
Bujang umur 60 tahun dan ke atas | RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun |
BILANGAN PENERIMA BANTUAN EKASIH MYKAD
Daripada tahun 2023, bilangan penerima Bantuan e-Kasih dalam MyKad adalah seramai 210,000 ribu sahaja, namun bilangan penerima telah meningkat pada tahun 2024 kepada lebih 700,000 ribu. Kemungkinan bilangan penerima akan meningkat lagi pada tahun 2025.
TAHUN | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
2023 | 210,000 |
2024 | 700,000 |
2025 | *00,000 |
SEMAK STATUS BANTUAN EKASIH 2025
Ketahui status anda layak atau tidak terima Bantuan e-Kasih dalam MyKad melalui semakan di bawah :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
*Seterusnya, sila semak pada pautan MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan e-KASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.icu.gov.my/?pg=bantuan&type=faq&list=fekasih & https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Bantuan ekasih
Cek layak
Cek layak