BANTUAN DALAM MYKAD MYKASIH : (TERKINI 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad kini diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bagi memudahkan penerima untuk terus membuat pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai di premis yang terpilih.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak bantuan dalam mykad mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK MYKASIH BARANG 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM2100 & RM900 & RM600)
SIAPAKAH LAYAK BANTUAN DALAM MYKAD MYKASIH 2025
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.
JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD MYKASIH TERKINI 2025
Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam MyKad bermula April – Disember 2025 seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | PENERIMA BERSTATUS EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
---|---|---|
Isi Rumah | RM200/bulan | RM100/bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150/bulan | RM50/bulan |
Bujang | RM50/bulan | – |
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN DALAM MYKAD MYKASIH
Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online seperti berikut:

- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
CARA GUNA KREDIT BANTUAN
Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan penerima membuat pembelian barang asas menggunakan MyKad seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara